Bunny Team, clan yang ke-8 yang saya review. Tapi saya berasa sedih yang teramat sebab tak dapat join Fireteam diorang untuk dapat rasakan macam mana kalau main sekali dengan Bunny Team ni. Mula-mula saya terserempak dengan clan ni bukan di Tower, bukan di Reef tetapi dalam PvP dan ingatkan takdela ramai mana clan mates dia. Tapi lepas beberapa kali jumpa dalam Control dan juga Trials Of Osiris, dah terang-terang clan ni sebuah clan yang serious dalam Destiny! Tidak terlupa juga ada post di Facebook tentang clan mereka. Rupa-rupanya clan ini asal usulnya daripada tanah air kami, Malaysia. JOM! Kita tengok bagaimana mereka tubuhkan clan ni dan apa yang mereka ni “stand for”.

BT LOGO
Bunny Team LOGO

JG: Apa nama clan and bila clan ni ditubuhkan?

BT: Hello, name clan kite adalah BunnyTeam. Kite menubuhkan clan ni awal tahun ini, iaitu pada 19 Mac 2015.

JG: Kenapa pilih nama clan ni?

BT: Jade Rabbit Insignia emblem. Kite tidak mempunyai emblem yang fancy fancy mase dulu, lagi-lagi pun, kite belum berjaya menawan VOG pada masa tu. Jade Rabbit Insignia emblem merupakan salah satu emblem yang saya dan 2 co-founder lain ada. Demikianlah kite start pakai emblem ni dan selalu bergurau bahawa kita harus memanggil kite orang sebagai Bunny Team.

JG: Ada apa-apa plan untuk clan ni?

BT: Saya kena bercerita sikit kat sini haha. Segelintir member kite adalah geng Lowyat net forum and kebanyakan member kite tidak mempunyai sebarang clan ataupun dalam clan, tetapi selalu diabaikan oleh clan member lain. Jadi, saya mengambil initiave untuk menubuhkan sebuah Whatsapp group untuk newbie dengan tujuan menolong newb lain dalam patrol, strikes, daily, weekly dan nightfall.

Justeru tu, saya serta 2 co-founder yang lain pun menubuhkan BunnyTeam kat Bungie.net. Kita rasalah funny dan share kan news ni kat whatsapp group kite orang. Manatau, berita ni tersebar dan clan ni menjadi semakin besar, dari 3 orang ke 6 pastu menjadi 12 dan sekarang kita langsung tidak peduli kat bilangan member kite orang dah.

JG: Sapa veteran/original members dalam clan ni?

BT: Antara 3 member yang memberi idea untuk menubuhkan clan adalah DevilBetrayer, Kelvin7757 dan saya, ZoziVora. Member yang paling otai dan pakai nama Clan Bunnyteam adalah Coldfission_lol, Bokt72, Astroft dan beberapa member lagi. Kite semua ni merupakan newb pada mase tu..

Destiny_20151201215627

JG: Apa yang buat clan ni unik dan special?

BT: Abang-abang, akak-akak dalam clan saya. Dia orang ni tak pernah give up dalam apa jua keadaan. Member I ni memang takde seorang pun yang give up. Kekalahan menjadi satu kebiasaan bagi kite orang. Kite terima wipe sebagai satu lawak dan gelak dengan lebih kuat jikalau you mati. Mana mana otai bunnies mesti ingat masa kita struggle dan mase kita berjaya dalam game.

Teamwork and kesetiaan antara satu sama lain adalah lebih daripada niat individu. Tanpa nilai seperti ini, kite tidak akan berada di puncak hari ni. Semua abang dan akak dalam clan ni menjadikan clan ni unik dan mereka mementingkan nilai tersebut.

JG: Apakah kriteria yang Stealth Division ingin ada dalam seseorang KinderGuardian? Kenapa?

BT: Kite tidak memerlukan sesiapa yang mempunyai weapon yang paling best tetapi mudah give up tanpa memperjuangkan sampai minit terakhir. Dalam bunnyteam, tiada seorang pun yang menjadi quitter. you either succeed in trying or you die learning to succeed.
Kita juga salute kepada orang yang mempunyai sportmanships, attitude yang bagus and paling penting adalah orang yang menghargai teamwork dan coordination dalam team. Kalau kamu adalah orang seperti ni ataupun mahu join gang yang mempunyai mindset sebegini, kite mengalu-alukan anda memakai tag Bunnyteam kite orang.

JG: Apakah majoriti class dalam Bunny Team ? (eg: Titan, Hunters, Warlocks)

BT: Hmmm, soalan ni tidah pernah ditanyakan dalam clan kite. Semua member baru dari dulu hingga sekarang adalah digalakkan dan diajar untuk menguasai ketiga tiga class dan memainkan peranan yang berlainan secara efektif. Kebanyakan member kite mempunyai semua class dan sentiasa ready dalam apa jua keadaan serta boleh bermain secara efektif dalam team.

AnBx2PTh78ceTn_e-BoDOcYnqe5qglr1Rxs4oZb9_Vz0
Exotic Swords on defence mode

JG: Apa yang KinderGuardians boleh expect daripada clan ni? Apa yang clan ni boleh sumbangkan kepada mereka?

BT: Untuk kinderguardian, kalau ada apa apa soalan mengenai Destiny serta content, kita ada member yang boleh share semua info-info kepada kamu.

Kalau kamu perlukan gang untuk main bersama, kita ada jugak member untuk membantu kamu. Jomlah, main bersama!

Kalau you nak tau bukan hanya sekadar Destiny tetapi game lain jugak. Jangan bimbang, kita ada member yang selalu membeli game baru dan tulis review untuk game baru jugak.

Ada sebarang soalan mengenai gadget, permainan baru, game, tanyalah member kite orang, anda mungkin mendapat jawapan dalam group kita.

Nak raid, nightfall? Bunnyteam mempunyai 2 whatsapp group untuk Destiny. Group pertama ialah hub communication dimana member kita spam sebanyak 2500 mesej dalam sehari. Group kedua adalah hanya untuk LFG sahaja. Member kita selalu mempunyai gang gang untuk bermain bersama. Dalam raid, kita tidak expect you memainkan peranan yang sama sahaja. Kita akan memantau progress anda and train you menjadi Raid leader supaya anda boleh lead orang yang pada masa akan datang dan memupuk lebih ramai raid leader. (yea, macam style MLM sikit)

Kite ada jugak broadcaster dan streamer dalan clan. Jadi, ini adalah berita bagus bagi kamu. Kalau kamu tersilap kate dalam game, kemungkinan besar kamu akan diviralkan dalam internet. Kita tidak censored apa apa dalam stream kite ni. #yolo

Kite juga ada FB page, FB group, thread khas dalam Lowyat net forum, youtube channel, website dan whatsapp group untuk tujuan komunikasi dan interaksi di kalangan member kite.

JG: Cite sikit macam mana operasi clan ni? Berapa clan mates yang Bunny Team ada sekarang?

BT: Kita adalah sebuah clan casual, operasi kite ni agak autonomous, terutama dalam hal member. Clan kita tiada hierarchy dan semua member dalam clan adalah sama rata. Jika kita memerlukan bantuan, saya akan mencari volunteer ataupun mendapatkan pertolongan daripada member yang mempunyai skillset yang diperlukan. Struktur clan ni adalah self sustaining. Jadi, semua orang boleh memahami stuktur kite secara mudah. Tiada politik, tiada drama, tiada horsecrap.

Setakat ni, Bunnyteam Gaming Group mempunyai 90+ member, antaranya 80+ member aktif dalam Destiny. Ada jugak member yang memakai tag kita and jugak yang tidak memakai tag kita. Kalau betul betul nak kira tag number, kita mempunyai 67 clanmate seperti apa yang tertera dalam Bungie.net.

Adalalah penting jugak untuk point out BunnyTeam gaming group merupakan sebuah console division dalam gaming collective group yang lebih besar. Sister clan kite, VoraSyndicate (PC Division) mempunyai member sebanyak 155 orang dari 16 negara yang berlainan. Manakala bunnyteam gaming group hanya mempunyai member dari 4 negara yang berlainan.

Bunny Team Official Let’s Play YouTube Channel
SOALAN-SOALAN PERIBADI BAGI BUNNY TEAM

  • Player Pilihan : Coldfission_lol
  • Rank : Veteran Member

JG: Apa yang membuatkan anda komited dengan Destiny?

Coldfission_lol: Unsur MMO dalam Destiny merupakan factor utama bagi saya dan saya telah bermain lebih kurang 700 jam dalam game ni. Mase saya mula game ni, saya tidak mempunyai kawan untuk bermain bersame. Akan tetapi, I telah jumpa banyak rakan melalui Lowyat.net and kesemuanya berubah dari situ. Saya telah berkenalan dengan ramai kawan baru yang mempunyai background dan budaya yang berlainan. Mereka mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk enjoy game ni. Jadi, saya menaruh kebanyakan masa saya untuk berkenalan dengan kawan baru dan connect kawan saya melalui Destiny.

JG: Apa kebaikan Destiny?

Coldfission_lol: Saya adalah PC gamer sebelum membeli PS4. Jadi, saya mengalami kesukaran dalam menguasai FPS dengan controller. Salah satu perkara bagus bagi Destiny adalah game control sangat senang dikuasai berbanding dengan shooting game lain. I berjaya menguasai FPS game dengan DS4 melalui Destiny. Tidak dilupakan bahawa semua critical hit number yang berwarna kuning tu membawa kepuasan maksimum apabila kamu membuat chain critical hit. Saya suka sangat feeling itu. HahaJ

JG: Apa keburukan Destiny?

Coldfission_lol: Dalam pandangan saya, I tak suke dengan RNG system. I faham bahawa Bungie nak player dia main game ni dengan lebih lama. Tetapi, RNG ni merosakkan game lah. Contohnya, saya grind beberapa bulan untuk mendapatkan Gjallarhorn. Tetapi, kawan saya yang baru join tu dapat Gjallarhorn dalam beberapa round kat CE. Perkara ni mewujudkan frustration di kalangan player, terutama orang yang main lama. (saya rasa kebanyakan year 1 player mempunyai feeling seperti saya)

JG: Apa character kegemaran? Kenapa? 

Coldfission_lol: Warlock, sebab warlock adalah character pertama bagi saya. I telah menaruh sepenuh perhatian saya untuk meguasai warlock, terutama ability dan jumping. I juga suka “magician” characteristic yang ada pada Warlock. Warlock jugak mempunyai banyak ability yang tidak diketahui di bawah wajah yang tenang tu.

JG: Antara raid Vault of Glass, Crota’s End and King’s Fall – yang mana bagi challenge yang sangat complex? Kenapa?

Coldfission_lol: Bagi saya, King’s Fall raid adalah raid yang paling complex bagi Bungie. Saya juga hendak memuji raid designer kerana mereka mementingkan teamwork dalam raid ni. Kita tidak boleh “cheese” raid ni dah, bagi saya, ini adalah perkara bagus kerana semua member mesti bekerjasama untuk mencapai objektif mereka. Mechanisms dalam KF tidaklah begitu rumit dan ia jugak mementingkan collaboration di antara fireteam members. Saya masih ingat team saya telah spent 7 jam dalam kf normal mode untuk memahami cara untuk menewaskannya. Kesimpulannya, skala KF adalah agak bagus untuk team yang mempunyai 6 orang untuk menghabiskannya dalam 1 jam. (tidak seperti CE, kita boleh buat 2 normal mode raid dalam 1 jam, dan kita rasa langsung takda challenge la!)

VOG Part 1

VOG Part 2

JG: Apa pendapat Coldfission_lol untuk tea-bagging in PvP? Good or Bad? Apakah efeknya untuk long-run?

Coldfission_lol: Tea-bagging merupakan provokasi bagi saya. I tidak suka provokasi atau menghina pvp opponent saya dalam apa jua keadaan. Ada jugak pvp player yang sangat serious dalam game. Jika kamu teabag saya dalam game, I akan hunt kamu dan sepak buntut kau, no mercy, haha. Balik kepada soalan tadi, tea bagging hanya menunjukkan betapa cetek minda anda dalam game ataupun dalam kehidupan anda. Kamu tidak ada sportsmanship dan tidak akan dapat penghormatan dari sesiapa pun. Jadi, saya menyeru kepada semua Destiny player, hentikan perbuatan provokasi yang tanpa meaning ni. Peace yo, game je, enjoy la man.

JG: Apakah pendapat Coldfission_lol tentang White Knights dalam gaming?

Coldfission_lol: Pertama kali saya dengar term ni. Saya rasa kebanyakan laki akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian perempuan lain. Bagi saya, saya tak rasa awkward atau annoying. Saya percaya akan kesamarataan. Kan bagus kalau female gamer boleh membalas pertolongan tu. Tidak sesiapa pun boleh mengambil kesempatan orang lain untuk mencapai sesuatu, contohnya, di-carry oleh gamer lain dalam raid tanpa memberi sumbangan. Kelama-lamaan ini akan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam member. Fireteam sebegini tidak akan kekal lama.

JG: Apa pendapat Coldfission_lol untuk game-breaking weapon seperti berikut.

  • Blink Shotgun? – Agak annoying dalam PVP, tapi, I respek kemahiran meraka dalam blinking dan shotty opponent. Saya masih tidak dapat menguasai skill ni..
  • Shadowshot Super? – Unlimited shadow shot tu pernah merosakkan IB, nasib baik Bungie telah fix bug ni. Sekarang, saya rase shadowshot OK je dalam PVP. Untuk PVE, super ni agak penting untuk generate orbs, terutama dalam oryx.
  • Sunbreakers Hammer Time? Super ni OP kat PVP la. Bungie harus adjust balik super ni. Memang best kalau pakai Sunbreaker untuk bunuh player lain. Tetapi pada masa yang sama, saya rasa sangat annoying kerana kite kena lari bila kamu dengar titan summon “thor hammer” dia orang.
  • Stormcallers Electrocution? Saya adalah warlock, jadi saya bias kat super ni. Super ni adalah super yang agak bagus bagi Warlock, terutamanya untuk wipe player yang berkelompok di kawasan heavy ammo synt. LOL, bagi saya stormcaller tak OP macam sunbreaker. *Bungie, nerf sunbreaker lah!!!
Croatia's End
Crota’s End

KESIMPULAN

Kalau nak buat perbandingan memang rasa macam tak adil la. Tapi from apa yang saya sendiri kaji, clan ni very diversify dalam game diorang. Mereka bukan sahaja focus Destiny tapi disebabkan nama pun wujud daripada Jade Rabbit Insignia Destiny, memang origin clan ni datang daripada Destiny. Clan ni sangat establish dan saya rasa clan ni adalah antara satu clan yang betul-betul komited dalam gaming world. Rasa keseorangan lagi? Contact lah Bunny Team di Bungie !! OR visit website Bunny Team terus dan joinlah diorang!

Comments

comments