Bundle Limited Edition Star Wars PlayStation 4 yang dihias dengan tema pakcik Darth Vader ini dah nak sampai dah guys!

PSV1

PlayStation 4 Console yang bersaiz 500GB ini turut menampilkan kad voucher untuk 4 game Star Wars klasik, iaitu:

  • Super Star Wars
  • Star Wars Racer Revenge
  • Star Wars Jedi Starfighter
  • Star Wars Bounty Hunter

Selain itu, korang juga akan dapat headset mono dan kad langganan 12 bulan bagi PlayStation Plus.

Cuba korang usha ni pula: Game Gear: I Sense A Disturbance In My Wallet

Semua ini dijangka akan berharga sekitar RM1849, dan pre-order akan bermula dari 23 Oktober 2015 di Kedai Pengedar Playstation Yang Sah dan Sony Store.

Kalau korang nak beli DS4 Star Wars Battlefront Limited Edition pula, harga dianggarkan bermula sekitar RM209. Kalau hanya mahukan game-nya saja, ada dua versi download yang boleh korang dapatkan pada 17 November nanti, iaitu:

  • Star Wars: Battlefront Standard Edition pada harga anggaran RM219 yang hanya bagi korang download game ini.
  • Star Wars Battlefront Deluxe Edition pada harga anggaran RM259 pula bagi korang instant access kepada Han Solo’s Blaster, Ion Detonator, dan MPL Ion Torpedo, serta Ion Shock dan Victory emote eksklusif.
Kalau tak, tunggu edisi nih: Star Wars: Battlefront: Dapatkan Early Access 4 DLC Akan Datang!

Apa yang pasti, korang yang kipas-susah-mati Star Wars mesti tengah heavy breathing nih!

star-wars-darth-vader-gif

Comments

comments