Pelbagai aktiviti menarik menanti korang di AMG-chan 2018 selain berlawan fighting games pada 26 dan 27 Mei 2018 di South City Plaza, Sri Kembangan, Selangor. Kali ini AMG-Chan pula membuka pintu secara percuma kepada semua orang!

Infinite Carnage (InC) akan membawa beberapa aktiviti menyoronokkan serta hadiah yang menarik bagi komuniti Fighting Games (FGC) kepada pengunjung AMG-chan 2018. Kalau tak nak sertai pertandingan, ada sahaja booth-booth menarik yang boleh enjoy dengan rakan-rakan apabila berada di sana nanti! Klik di sini untuk usha gambar-gambar kemeriahan AMG-Chan 2017 tahun lepas.

Waktu inilah korang nak cuba try test power ke tak kuasa Saiyan korang dalam Pertandingan Dragon Ball FighterZ (DBFZ). Sambil lawan sambil berkenalan dengan FGC dan Air Dashers Malaysia bertukar tips serta belajar dari otaiotai yang ada. Penyertaan masuk adalah RM15 seorang yang akan bermula pada 26 Mei (Sabtu). Untuk penyertaan pertandingan DBFZ boleh klik di sini.

Untuk mereka yang suka bermain fighting game dan ingin cuba nasib dalam sebuah pertandingan atau game baru, inilah masa korang! Pertandingan Mini- Them’s Fightin’ Herds, game lawan-lawan yang comel ini bukan setakat seronok, malah mekaniknya terasa seperti game level esport. Kemasukan adalah percuma dan walk-in sahaja untuk mendaftar pada hari 27 Mei 2018. Hmm agak-agak apakah hadiah misteri untuk pemenangnya?

Tak minat nak masuk pertandingan tetapi nak tengok match yang top-tier? Atau korang rasa korang dah cukup OP? Say no more! Exhibition match Marvel vs Capcom Ultimate 3, antara ADMY|Katspawz dan INC|Rollynx akan beraksi di pentas AMG-chan menunjukkan gameplay yang mantap kepada tatapan ramai!

Bagi mereka yang nak up-kan level challenge dia bolehlah sertai “Beat The Pro” challenge sebelum bermulanya exhibition match tersebut. Pemenang yang dapat mengalahkan salah seorang kedua-dua dari pemain pro ini akan membawa pulang sebuah keyboard atau mouse dari MSI.

Antara penaja-penaja InC juga membawa aktiviti yang best untuk pengunjung. Bermain Tekken 7 secara kasual dan dram ketuk-ketuk Taiko di booth Hitbox Gaming. Ajak member berlawan bermain party games; Puyo Puyo Tetris dan Just Dance di booth GamesFusion.

“Puyo-puyo Tetris is the next eSports” – Infinite Carnage, 2018

Haa itu baru sahaja dari boothbooth gaming yang akan berada di AMG-chan, belum lagi event AMG-chan sendiri. Nak ketahui lebih lanjut tentang AMG-Chan 2018 korang boleh klik di sini.

Jumpa lagi pada AMG-chan 2018!

Comments

comments