2017 merupakan tahun yang besar buat Steam. Pada bulan April lalu, Valve mendedahkan bahawa platform Steam telah mencapai seramai 14 juta pengguna serentak. Namun bilangannya masih terus meningkat.

Pada bulan September, ia telah mencapai sebanyak 15 juta, pada bulan Oktober, 16 juta. Beberapa hari lalu, PC Gamer telah melaporkan ia telah mencapai seramai 17 juta, menerima setinggi 17,686,886 pemain serentak di platform Steam. Apa yang menarik, jumlahnya itu memuncak di 6.9 juta pemain dalam game.

Ia mungkin ada kaitan dengan jualan Black Friday, korang takkan terkejut untuk mendengarnya bahawa peningkatan jumlah pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds yang mencapai seramai hampir 3 juta pemain semalam telah membantu platform Steam. Ia takkan mengambil masa yang lama sehingga PUBG memecahkan jumlah itu untuk mencapai lebih dari 3 juta.

]Jumlah ini mungkin akan menurun pada hujung minggu. Tapi tidak mustahil jika ia dapat mencapai sehingga 18 juta dalam masa beberapa minggu lagi.

Comments

comments