Siri Let’s Play yang dibintangi oleh pelakon-pelakon bawah naungan Brazzers.

Nampaknya budaya dunia gaming semakin mendapat perhatian, kini Brazzers muncul dengan siri gaming mereka sendiri di YouTube. Dikenali sebagai Trendzz, episod pertama untuk siri Let’s Play mereka ini memaparkan Missy Martinez dan Nikki Benz bermain Mafia III.

Miss Martinez mengatakan bahawa beliau seorang yang gemarkan aktiviti gaming, malah memiliki Xbox One untuk memuaskan hobinya. Namun begitu, Nikki Benz tidak begitu berpengalaman dalam dunia gaming dan percubaan beliau bermain Mafia III kelihatan agak janggal.

Apa pun, ini merupakan perkembangan yang menarik kerana semakin banyak pihak yang menerima gaming sebagai satu budaya diterima ramai dan tidak lagi hanya untuk kanak-kanak.

Comments

comments