Beberapa tweet daripada kakitangan Xbox telah memuji pengumuman Nintendo Switch!

Engineering Lead Xbox Mike Ybarra telah mengucapkan tahniah kepada Nintendo di atas pengumuman Switch tempoh hari.

Beliau turut berkata “Ini sememangnya masa yang seronok bagi seorang gamer,” dan kitorang bersetuju dengan kata-kata tersebut.

Dalam satu tweet-balas bagaimanapun, Phil Spencer, Head of Xbox berseloroh dengan membalas tweet beliau, “Kau sepatutnya mengalirkan darah hijau,” sempena warna rasmi Xbox!

Bagaimanapun apabila ditanya harapan beliau terhadap Nintendo Switch, Phil Spencer sendiri turut memuji pengumuman Switch! “Mario kelihatan segar/baru. Zelda pastinya hebat. Konsol hibrid, seronok melihat idea game yang akan terhasil.”

Ini bukanlah kali pertama Phil Spencer memuji Nintendo. Berikutan pengumuman Switch Oktober lepas, beliau dipetik berkata, “Saya memang sentiasa kagum dengan keupayaan mereka (Nintendo) dalam menyatakan wawasan yang berani dan membina produk yang melaksanakan wawasan tersebut.”

Nintendo Switch adalah hibrid handheld/console yang boleh dimainkan di rumah ataupun dibawa ke mana sahaja. Sistem ini akan dilancarkan pada 3 Mac. JomGaming telah menerbitkan artikel penuh berkenaan Nintendo Switch serta game-game yang telah diumumkan sehingga kini bagi platform unik ini!

Comments

comments