Kratos berjaya menambat hati semua pihak.

Semalam, review untuk God of War terbaru telahpun dikeluarkan, kira-kira seminggu sebelum game ini dilancarkan kepada umum.

Dalam review God of War: Boleh Beli or Boleh Blah!? yang dikeluarkan oleh JomGaming, kami menyatakan yang ia menampilkan gameplay yang mantap, pelbagai elemen baru, pertempuran sinematik epik, kisah mitos yang penuh misteri – pastinya membuatkan jiwa peminat tegar siri ini akan teruja.

Para pengkritik seluruh dunia juga telah memberikan review yang sangat memberangsangkan untuk God of War. Rata-ratanya memberikan 9 atau 10 per 10, yang mana korang boleh lihatnya di laman web Metacritic.

Melihat kepada kejayaan markah review yang meletup ini, bos Xbox, Phil Spencer melalui laman Twitternya telah mengucapkan tahniah kepada pihak Sony dan Santa Monica. Ketua PlayStation Worldwide Studios, Shuhei Yoshida kemudiannya telah membalas tweet tersebut dengan menyatakan terima kasih kepada Spencer.

Kalau korang nak tahu apa yang best sangat tentang God of War ini, korang boleh baca review kami di sini.

Comments

comments