Rindukan game RPG shooter ini?

Borderlands: Game of the Year Edition kemungkinan akan dikeluarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One. Ia berkemungkinan adalah remaster kepada game Borderlands yang pertama yang dilancarkan pada tahun 2009 di PC, PS3 dan Xbox 360.

Menurut laporan Gematsu, Korean Game Ratings Board telah meletakkan rating untuk game ini. Walau bagaimanapun, ia masih belum diumumkan secara rasmi. Mungkinkah ia akan diumumkan semasa E3 ini?

Sekiranya laporan ini benar, ia menandakan pertama kali Borderlands yang pertama dilancarkan semula. Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel pernah dikeluarkan dalam bentuk remaster dalam Borderlands: The Handsome Collection pada tahun 2015.

Apa kata korang? Teruja dengan pelancaran semula Borderlands yang pertama ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.