Pasukan Newbee sedang mendominasi The International 2017 di KeyArena, Seattle, Amerika Syarikat. Kini mereka telah sampai ke destinasi akhir dalam bracket mereka untuk lawan dengan pasukan yang akan ditandingi malam ini iaitu Team Liquid atau LFY. Power sungguh!

Ramai kipas-susah-mati Dota 2 memandang ke arah Team Liquid untuk menjadi juara The International 2017 (TI7) tetapi Newbee, wakil China telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang berpotensi untuk menjadi juara TI7 kerana kehandalan mereka mengatur strategi dan draft yang berkesan.

Newbee telah menempuh perlawanan diantara pasukan yang hebat dalam TI7 kali ini seperti Evil Geniuses (EG), Invictus Gaming (IG) dan LGD Forever Young (LFY). Oleh kerana Newbee berada di Upper Bracket pada awal TI7, mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang tidak boleh diambil ringan.

DotA 2 The International 2016 Schedule

Pada TI6, Newbee berada di Upper Bracket juga tetapi ditewaskan oleh Evil Genuises (EG) dan dihantar ke lower bracket dan bertarung dengan Team Liquid. Tetapi pertarungan itu diakhiri dengan elimination Newbee.

Kini mereka kembali di TI7 dengan roster yang dipenuhi oleh Moogy sebagai position 1, Sccc position 2kpii position 3, Kaka dan Faith yang boleh bergilir sesama sendiri pada position 4 atau 5. Adakah Newbee akan mengulangi sejarah mereka antara Team Liquid jika Team Liquid menang melawan LGD. Forever Young (LFY) di Grand Finals TI7 malam ini? Kita tunggu dan lihat!

Kiev Major 2017

Saksikan malam ini di Twitch untuk Grand Final The International 2017 pada pukul 1 pagi nanti. Penulis tak sabar nak tengok siapa akan menang USD 10 juta ni. All the best kepada semua finalist! 

Comments

comments