Untuk segmen Boleh Beli or Boleh Blah? kali ini, saya akan membuat review mengenai game yang tidak asing lagi di kalangan gamers, iaitu Final Fantasy XV! Final Fantasy XV telah keluar sekarang untuk platform PS4 dan Xbox One!

Game ini pada asalnya dikenali sebagai Final Fantasy Versus XIII,sebelum ianya ditukarkan kepada Final Fantasy XV. 10 tahun sudah berlalu semenjak game ini dikenali sebagai FF Versus XIII. Jadi, adakah 10 tahun itu berbaloi untuk game ini? Korang boleh nilai sendiri dengan review ini. Oleh itu, jom baca!

Game ini tentang apa?

Game ini mengisahkan tentang seorang putera mahkota bagi kerajaan Lucis, Noctis dan kawan-kawannya, Prompto,Ignis dan Gladiolus dalam perjalanan mereka untuk membawa putera Noctis untuk dikahwinkan dengan Lunafreya Nox Fleuret, tunang beliau. Cerita ini bermula dengan sedikit imbas hadapan tentang apa yang berlaku di dalam game ini di saat-saat akhir, dan kembali semula dengan raja Regis, ayah Noctis mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya untuk perjalanannya.

Namun begitu,langit itu tidak selalu cerah. Ketika mereka dalam perjalanan untuk membawa Noctis ke perkahwinannya, Noctis telah mendengar berita bahawa Insomnia, tempat asal beliau telah diserang oleh tentera-tentera Niflheim! Dia dan rakan-rakannya gegas kembali ke Insomnia, tetapi mereka sudah terlewat. Daripada itu, perjalanan mereka untuk merampas kembali Insomnia dan menentang tentera-tentera imperial Niflheim bermula.

Apakah kelemahan game ini?

Pertama sekali, cara penyampaian cerita game ini agak lemah. Secara keseluruhannya, ceritanya agak menarik, tetapi banyak perkara tidak diterangkan secara langsung di dalam game dan banyak babak penting yang berlaku secara off-screen, menjadikan ceritanya nampak kucar-kacir dan kurang impak.

Namun begitu,ianya boleh diatasi dengan mendengar siaran radio,membaca suratkhabar dan dokumen yang berada di sepanjang bab-bab di waktu pengakhiran game. Menonton filem FFXV:Kingsglaive dan anime FFXV:Brotherhood juga dapat menolong.

Di samping itu, terdapat kurang kepelbagaian dari segi sidequest. Apabila saya katakan kepelbagaian,kebanyakkan sidequests hanya terdiri daripada fetch quest dan hunt. Ia membuatkan kebanyakkan sidequest kurang menarik untuk dilakukan. Namun begitu, masih ada beberapa sidequests yang cukup menarik untuk korang buat di dalam game.

Apa yang baik tentang game ini?

Walaupun game ini ada beberapa kelemahan, game ini masih lagi satu game yang mengasyikkan dan menyeronokkan! Ada beberapa kekuatan game ini, iaitu sistem pertarungan yang pantas dan mengasyikkan, interaksi antara karakter yang mencuit hati dan menggamit jiwa, grafik game yang memukau jiwa dan tampak realistik, dan soundtrack game yang memukau dan membangkitkan jiwa!

Sistem pertarungan yang pantas dan mengasyikkan!

Pertama sekali, sistem pertarungan FFXV amat pantas dan mengasyikkan! Berbanding dengan Final Fantasy sebelum ini, FFXV ialah satu game action RPG! Pelbagai jenis kombo yang korang boleh lakukan dengan kepelbagaian senjata yang digunakan oleh Noctis, dan juga serangan-serangan istimewa, Technique oleh rakan-rakan Noctis. Anda boleh lihat sendiri mereka beraksi di dalam video gameplay di bawah!

Interaksi antara karakter yang mencuit hati dan menggamit jiwa!

Selain daripada itu,interaksi antara karakter juga mencuit hati dan menggamit jiwa!
Lebih spesifik lagi,interaksi antara Noctis dan rakan-rakannya di dalam parti,iaitu Prompto,Ignis dan Gladiolus. Sepanjang perjalanan korang di dalam game, korang akan disajikan dengan gelagat mereka berempat yang mencuit hati, di samping dapat mengenali setiap karakter-karakter ini dengan lebih mendalam.

Di samping itu, walaupun mereka dalam perjalanan untuk menentang tentera imperial Niflheim, mereka masih lagi dapat menikmati setiap detik perjalanan mereka dengan bergurau senda dan juga mengambil gambar-gambar kenangan.

Tak lupa juga, ada juga adegan di mana ianya menggamit jiwa, dan kita dapat mengetahui apa yang terbuku di dalam hati mereka. Tabahlah, Prompto!

Grafik game yang memukau jiwa dan tampak realistik!

Kekuatan game ini yang seterusnya ialah grafiknya yang memukau jiwa dan tampak realistik! Daripada rambut karakter yang nampak seperti rambut betul sehingga ke persekitaran dan pencahayaannya, semuannya menunjukkan ciri-ciri realistik dan membuatkan saya cukup terpesona dengan game ini!

Tambahan pula, game ini juga menonjolkan makanan yang agak realistik! Korang boleh dapatkan makanan di dalam gerai di dalam game, ataupun melalui masakan Ignis. Korang boleh tengok contoh gambar di bawah. Macam pernah nampak makanan ini kan?

Soundtrack game yang memukau dan membangkitkan jiwa!

Akhir sekali, game ini mempunyai soundtrack yang memukau dan membangkitkan jiwa! Hampir keseluruhan soundtrack game ini mempunyai kualiti yang mantap dan seronok didengar, di samping menambahkan lagi suasana yang game ini cuba tonjolkan sepanjang waktu bermain. Soundtrack di bawah ini adalah kegemaran saya, ia memberikan rasa yang epik dan mendebarkan sewaktu saya berlawan dengan boss!

BOLEH BELI or BOLEH BLAH?

BOLEH BLAH!– Untuk mereka yang lebih cenderung untuk main game semata-mata kerana cerita dan tak suka buat aktiviti seperti melawan raksasa dan berjalan-jalan di dalam game, ini bukan game untuk anda! Ini kerana cara penyampaian cerita yang agak lemah, dan game ini agak pendek sekiranya anda hanya main cerita utama sahaja, iaitu dalam lebih kurang 20-30 jam, di mana bagi saya, agak pendek untuk JRPG seperti ini.

Juga tidak sesuai sekiranya anda tidak suka pertukaran genre Final Fantasy daripada turn-based RPG ke action RPG seperti game ini, seperti beberapa orang yang saya temui di dalam internet.

BOLEH BELI!– Game ini amat sesuai bagi mereka yang sukakan game yang memberi pemberatan kepada interaksi antara karakter, kerana korang pasti akan terhibur dengan gelagat Noctis dan rakan-rakannya yang lain. Interaksi antara mereka tampak realistik dan mencuit hati. Tambahan pula, ada babak-babak yang sedih melalui interaksi mereka di dalam game ini.

Di samping itu, bagi mereka yang sukakan gameplay yang mantap, game ini harus berada dalam koleksi korang! Cara pelaksanaan pertarungan dalam game ini amat pantas dan mengasyikkan! Tak lupa juga, game ini juga mengandungi pelbagai jenis cabaran dan juga dunia yang luas untuk korang terokai. Pasti korang akan main game ini untuk masa yang lama!

 Cara penyampaian cerita yang lemah.
 Kurang kepelbagaian dari segi sidequest.

+ Sistem pertarungan yang pantas dan mengasyikkan!
+ Interaksi antara karakter yang mencuit hati dan menggamit jiwa!
+ Grafik game yang memukau jiwa dan tampak realistik!
+ Soundtrack yang memukau dan membangkitkan jiwa!

Comments

comments