Aik, sekarang game developers pun nak bukak gaming studio?

Blizzard telah mengumumkan ia akan membuka Blizzard Arena – sebuah tapak acara esports nya yang tersendiri di Burbank Studios bagi gamer profesional dan peminat esports.

Dilengkapi dengan sound stage, bilik kawalan dan kemudahan bagi mengelola penyiaran dan pengurusan tournament peringkat tinggi, Blizzard Arena juga akan mempunyai kedai Blizzard.

Sempena pelancarannya pada hujung minggu 7 Oktober, Blizzard Arena akan menganjurkan Overwatch Contenders Season One Playoffs, diikuti dengan Hearthstone Championship Tour Summer Championship dan acara-acara Heroes of the Storm dan World of Warcraft/ Pandai jual event dan game sendiri Blizzard ni!

 

Comments

comments