Dragon Age 2 merupakan kesinambungan untuk game pertama Dragon Age: Origins yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Anda akan bermain sebagai Hawke (kedua dari kanan) dalam Dragon Age 2

Apabila BioWare mengumumkan mereka akan bergerak ke projek Dragon Age baru selepas Dragon Age 2, ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada DLC Exalted March?

Baru-baru ini, pengarah kreatif siri Dragon Age, Mike Laidlaw memberi penjelasan secara terperinci tentang DLC yang dibatalkan dalam Twitter.

Menurut Laidlaw, BioWare tidak membatalkan DLC Exalted March kerana reaksi negatif kepada Dragon Age 2 tetapi kerana menggunakan enjin Frostbite, banyak kerja dan masa perlu dilakukan terutama kepada kumpulan teknikal untuk membuat sebuah game RPG.

Oleh itu, produser eksekutif Dragon Age, Mark Darrah memberi arahan untuk membatalkan DLC Exalted March dan meneruskan ke projek lain iaitu projek itu menjadi Dragon Age: Inquisition.

Laidlaw juga menambah dalam Twitter iaitu untuk DLC Exalted March tidak sempat dibangunkan. Namun, cerita Exalted March ini tentang penyeludupan red lyrium dalam Dragon Age 2 yang membangkitkan kemarahan The Chantry.

Selain itu, DLC ini menceritakan pergolakan Qunari di Free Marches dan Hawke harus bekerjasama dengan Starkhaven dan lanun Armada untuk mengekalkan keamanan. Tambahan pula, kisah Sebastian Vael juga dipanjangkan dalam DLC Exalted March ini dengan menceritakan tentang keluarga Sebastian.

Sebelum ini, BioWare juga mengeluarkan tiga DLC untuk Dragon Age 2 iaitu The Exiled Prince menambah satu watak baru dalam parti Hawke, Sebastian Vael. DLC kedua ialah Legacy berkisarkan tentang Corypheus dan DLC itu menambahkan satu lokasi iaitu satu dungeon baru. DLC ketiga ialah Mark of The Assassin menampilkan sebuah watak baru, Tallis dimainkan oleh Felicia Day serta menambah lokasi baru dalam game.

Semasa Dragon Age 2 dikeluarkan semasa tahun 2011, Dragon Age 2 menerima pelbagai kritikan baik dan juga buruk. Metacritic memberi rating 82 untuk Dragon Age 2 manakala PC Gamer memberi review bahawa game ini padat dengan penceritaan bagus tetapi lokasi dalam game itu terlalu kecil dan asyik berulang-ulang.

Comments

comments