Adakah Sony Malaysia tidak sayangkan peminat-peminat setia mereka? Nampaknya kejadian kekurangan stock PSVR semasa pelancaran berulang bagi PS4 Pro pula! 

sony-ps4-pro

Hari ini, pihak JomGaming telah menerima satu perkhabaran yang melaporkan bahawa terdapat isu-isu yang tidak diingini dengan proses pre-order PS4 Pro di pasaran Malaysia. Bilangan unit konsol terbaru keluaran Sony ini dilaporkan telah dicatu oleh pihak Sony Malaysia, sehinggakan sebilangan besar tempahan awal telah dibatalkan. Dan pastinya persoalan yang paling penting kini, mengapa ini terjadi?

Ia bermula apabila Duncan Tsai, seorang pelanggan setia sebuah kedai game terkemuka, telah meluahkan kekecewaannya disebabkan pengumuman kelewatan unit ini sampai ke tangannya. Beliau mengatakan, apabila pre-order telah dilakukan, beliau sepatutnya menerima konsol tersebut pada hari pertama ia dilancarkan (10 November). Beliau turut merasa kecewa dengan pihak kedai (penjual) tersebut kerana menyalahkan pembekal (Sony Malaysia).

Pihak JomGaming telah menghubungi Duncan Tsai untuk mendapatkan cerita di sebalik isu ini. Apa yang boleh dikatakan kini adalah layanan yang diberikan oleh Sony Malaysia sangat tidak memuaskan – sehinggakan mereka meminta Duncan membeli sahaja PS4 Pro daripada Lazada!

photo_2016-11-08_19-41-19

Menurut sumber-sumber daripada kedai-kedai yang menjual produk Sony, biasanya, pihak pembekal (Sony Malaysia) akan bertanya kepada penjual-penjual rasmi mereka untuk menganggar jumlah untuk dijual. Selepas itu, barulah pre-order akan dibuka.

Tetapi nampaknya ramalan para penjual tidak dipedulikan, dan Sony Malaysia hanya membawa masuk jumlah PS4 Pro yang terlalu sedikit. Terlalu sedikit sehinggakan penjual-penjual rasmi Sony terpaksa membatalkan sebahagian besar pre-order daripada pembeli-pembeli setia mereka!

Lebih mengeruhkan keadaan, Sony Malaysia kini seperti ingin berlepas tangan dan menyalahkan pihak kedai yang mengambil pre-order dari pelanggan, dengan alasan pihak Sony Malaysia tidak pernah mengarahkan mereka untuk melakukan sedemikian.

Namun, jika dilihat di laman pengumuman PS4 Pro, mereka (Sony) sendiri yang meletakkan senarai penjual rasmi bagi produk Sony. Jadi alasan bahawa mereka (Sony) tidak mengarahkan pre-order dibuka oleh penjual-penjual rasmi mereka seperti mainan tuduh-menuduh (blame game).

Namun, persoalannya di sini adalah, mengapa tidak diumumkan awal-awal bahawa bilangan PS4 Pro yang akan dibawa masuk adalah sedikit? Adakah peminat Sony di Malaysia sekali lagi akan dikecewakan dan dipinggirkan seperti yang berlaku semasa pelancaran PlayStation VR yang juga tak cukup stok?

Lagi satu persoalan yang bermain di minda kami kini – apakah punca kepada isu kelewatan stok ini? Adakah terdapat masalah terhadap konsol itu sendiri?

Sehingga artikel ini diterbitkan, pihak Sony Malaysia masih belum memberikan sebarang maklumbalas terhadap isu ini.

Kami akan mengemaskini artikel ini jika terdapat perkhabaran-perkhabaran baru mengenai isu kelewatan stok PS4 Pro ini. Diharapkan Sony Malaysia mampu memberi jawapan yang memuaskan hati peminat-peminat mereka di Malaysia.

Comments

comments

  • So panjang…

    …but i guess you guys (and many) missed the part that Sony didn’t even announce the release date of PS4 Pro in Malaysia. Didn’t recall there’s such thing as official pre-order as well…hence, I don’t think they announce regarding stocks as well. :3

    Meanwhile, for those who really wanted one, they can try their luck and get it from Singapore. Singapore is the only country in this region that has a set launch date for PS4 Pro. :3

    #TheMoreYouKnow #QED

  • “Lagi satu persoalan yang bermain di minda kami kini – apakah punca kepada isu kelewatan stok ini? Adakah terdapat masalah terhadap konsol itu sendiri?”

    Lol, masih x buang berita salah PS4pro overheat tu?