unmechanical-extended-004

Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Unmechanical Extended.

Pandangan Pertama Abah.

Mula-mula nak download game ni, Abah rasa game ini akan membosankan Abah. Tapi lain pula yang jadi, sebab ape?? Sebab Abah pula yang jadi gian bila main game ini.

Game ini sungguh simple dan menarik, mudah untuk di mainkan dan penuh dengan puzzle-puzzle ringan yang amat mudah untuk diselesaikan. Sebab tu la Abah gian dengan game ni, sampaikan anak-anak Abah berebut-rebut dengan Abah.

unmechanical-extended-002

Di dalam Unmechanical Extended, korang akan bermain sebagai sebuah robot kecil yang telah di culik dari kumpulannya dan di hantar ke sebuah lubang bawah tanah yang penuh dengan misteri dan teka-teki.

Berapa punya misteri tempat tu, korang kena lah teroka sendiri. Korang perlu menyelesaikan puzzle-puzzle yang diberikan untuk melepasi sesebuah halangan untuk membolehkan korang mara ke hadapan.

unmechanical-extended-003

Bukan kepintaran sahaja diperlukan, kecekapan korang mengawal robot kecil tersebut juga diperlukan jika korang ingin melepasi sesuatu halangan. Nampak mencabar bukan, tapi menyeronokkan.

Apa Abah Rasa.

Bila memikirkan sebuah game yang santai dan menghiburkan, pasti Abah akan memilih Unmechanical Extended. Sangat sesuai dimainkan oleh anak-anak korang ataupun bini korang tanpa memerlukan pemantauan yang ketat. Game yang mempunyai puzzle sememangnya pilihan setiap ibubapa kerana game yang berkonsepkan seperti ini akan dapat menjana minda anak-anak kita untuk menjadi lebih kreatif.

Abah Kata:

Download Der!! Jangan Tak Download.

Comments

comments