Bila Abah Review PS+: Thief

bila-abah-review-thief-001

Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Thief.

Apa Menarik Bagi Abah?

Game Thief ni bukan la baru pada Abah, dulu-dulu nak beli tapi takde budget. So bila PS Plus bagi free apalagi, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, cewah!

Bagi Abah game ni serius berat, tapi memang seronok untuk dimainkan kalau korang duduk sorang-sorang kat umah dan anak bini korang takde! Kalau time anak ada kat rumah, korang plak sibuk nak main game ni, hmm alamatnya mengamuk la bini korang tu nanti.

bila-abah-review-thief-002

Jadi di dalam Thief ini korang akan bermain sebagai Garret – lagenda di dalam bidang mencuri yang akan mencuri di bandar kelahirannya iaitu The City. Game yang bergenrekan stealth single player first person view ini mempunyai keunikan yang tersendiri.

Korang menyelinap di sebalik bayang-bayang, dan kawasan gelap adalah sahabat baik korang. Korang akan diberikan mission untuk menyelinap masuk dan mencuri barangan berharga dari orang-orang kaya di bandar The City ini.

bila-abah-review-thief-003

Jangan risau, korang bukan la kena menyelinap je sepanjang masa, korang boleh bunuh guard-guard yang mengawal kawasan rumah tersebut. So korang boleh la beli senjata seperti bow, claw dan juga alat mencuri seperti lockpick.

bila-abah-review-thief-005

Bagi Abah, game pun bergenre stealth so baik la korang main ccara begitu untuk memudahkan korang menyelesaikan setiap mission yang diberi dengan jayanya. Abah memang teruja bila bermain game Thief ni, sebab gerakan yang lancar, korang boleh bunuh guard dari atas palang – ala-ala Assassin’s Creed gitu. Menyelinap dibelakang guard dan kemudian rembat dompet dia, memang awesome bagi Abah.

bila-abah-review-thief-004

Apa Abah Rasa.

Pada Abah tidak menjadik masalah sekiranya korang ingin download game Thief ini. Game yang menarik ini mungkin akan menyebabkan korang addict dan leka sehingga korang lupa nak jaga anak-anak korang. Mungkin sesuai dimainkan sekiranya korang tiada anak-anak kecil, ataupun kalau korang boleh displin dengan hanya bermain selama 1-2 jam? Yela mana tau kang anak ke mana korang ke mana!

Boleh Download Kalau Nak Main!! Tapi Kalau Untuk Relak-Relak Santai Tak Perlu Kot!!

Comments

comments