tesla_001

Hola!! Gamers, kali ni jom ikut Abah review game PS+ pilihan kali ini, iaitu Teslagrad.

Abah Betul-Betul Leka

Game Teslagrad ni pada Abah amatlah sesuai dengan jiwa Abah, casual, relak-relak dan santai untuk dimainkan, dan juga amat mudah!

Keseronokan bermain game ini kadang-kadang membuatkan Abah sedikit leka dan ketagih dan kadang kala mengundang kemarahan bini Abah kerana terlalu asyik bermain Teslagrad ini. Puzzle yang amat mudah untuk diselesaikan menjadi antara faktor kenapa Abah suka game ini.

tesla_003

Di dalam game Teslagrad ini korang akan bermain sebagai seorang budak lelaki yang akan mengembara sambil menyelesaikan puzzle-puzzle yang diberi untuk mara ke stage berikutnya. Puzzle-puzzle nya berkonsepkan magnet dan korang hanya perlu tau konsep magnet itu sendiri bagi melepasi halangan-halangan yang diberi.

tesla_004

Jangan terkejut kalau bini Abah sendiri bermain Teslagrad ini dan lebih handal dari Abah (hmm malu betul), so Abah amatlah sarankan ini dimainkan bersama family korang tak kira anak korang ataupun bini korang.

Hah sambil tu korang boleh la merapatkan lagi ikatan kekeluargaan korang. So sape kata game ni hanya boleh dimainkan oleh satu lapisan umur je. Dan yang paling penting, game ini amat sesuai dimainkan oleh anak korang bagi mengasah skill berfikir dan kreativiti mereka.

Apa Abah Rasa?

Teslagrad pada Abah adalah game yang perlu dimiliki oleh setiap gamers yang sudah berkeluarga. Amat santai, unik dan juga puzzle-puzzle yang agak mudah membuatkan game ini sesuai dimainkan oleh semua lapisan umur.

Abah Kata:

Rugi Kalau Tak Download Bro!!

Comments

comments