stfu_001

Hola!! Gamers, kali ni jom ikut Abah review game PS+ pilihan kali ini, iaitu Super Time Force Ultra.

Mengimbau Kenangan Abah

Bila Abah main saje game Super Time Force Ultra ni, secara automatik Abah terkenang balik zaman kecik Abah bermain game Contra. Lompat gulung-gulung sambil menembak setiap musuh yang datang dan juga mengelak peluru-peluru yang besar gabak, sekaligus mengimbau kenangan zaman bermain game tape. Hahaha.

Game yang amat simple dan straight forward ni, memang lah menjadi pilihan utama Abah, sebab bagi Abah korang tak perlu nak perah otak untuk selesaikan ape-ape puzzle, just pegang DS4, lompat, elak peluru dan tembak musuh. Game ni amat sesuai untuk korang yang nak release tension dan santai-santai.

stfu_002

Di dalam game Super Time Force Ultra ini, korang akan menentang bermacam-macam jenis musuh dari setiap zaman. Di bawah arahan Comander Repeatski, korang akan bermain samada sebagai Rambois (heavy machinegun), Aimy Mckillin (sniper) dan Blockson (pertahanan). Setiap character yang korang mainkan ada keunikan masing-masing bergantung pada situasi pada masa itu.

Istimewanya game ini ialah, korang dibekalkan dengan nyawa yang infiniti, sekiranya korang mati, korang boleh aktifkan Time-Out dimana korang boleh mengundurkan masa dan hidup semula. Cuma yang menjadi musuh utama korang adalah masa, dan sekiranya masa yang diberikan telah habis, barulah game over diberikan. Awesomekan, Abah dah cakap, game ni memang sempoi.

stfu_003

Game ini juga amatlah sesuai dimainkan oleh anak-anak korang kerana tiada unsur keganasan yang melampau. Abah kadang-kadang pun mintak tolong anak Abah settlekan sesetengah mission yang sukar. Kadang-kadang tu Abah pulak yang takde peluang nak main game ni sebab anak-anak dah seronok sangat layan game ni.

Apa Abah Rasa?

Pada pendapat Abah, sekiranya korang mencari game yang mempunyai grafik yang cun melampau, mekanikal yang berat, gameplay yang serius, Super Time Force Ultra bukanlah jawapannya. TETAPI!! Sekiranya korang nakkan game yang santai, relak-relak chill, nak rasa menembak sesuatu, Abah amatlah sarankan game ni untuk dimainkan sambil minum-minum petang makan pisang goreng bersama seisi keluarga.

Abah Kata:

Download Der!! Jangan Tak Download.

 

 

Comments

comments