smb_001

Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Super Meat Boy.

Abah Ralit Main Game Ni!!

Bagi Abah game Super Meat Boy ni adalah game paling simple pernah Abah mainkan. Percaya tak korang kalau Abah bagitau, untuk memainkan game ini, korang hanya perlu lompat, lompat dan lompat.

Hahah nampak macam tak logik, tapi ini lah mekanikal di dalam game ini. Santai dan tiada puzzle di dalam game ni. Ini membuatkan kenapa Abah memilih game ini untuk dimainkan. Mudah dan tidak memeningkan kepala, dan sesuai dimainkan waktu-waktu petang selepas korang balik kerja or sambil-sambil menjaga anak korang tu.

smb_003jpg

Dalam game Super Meat Boy ini, korang akan bermain sebagai seketul daging berbentuk cube yang bernama Meat Boy, dan misi korang senang je, selamatkan awek korang iaitu Bandage Girl dari saintis jahat iaitu Dr Fetus.

smb_004

So ape yang korang kene buat just lompat, lompat dan lompat sehingga korang sampai ke arah awek korang tu, so settle la mission tu. Tapi jangan la korang ingat senang sangat, sebab halangan yang korang nak hadap tu pergh, bukan main susah.

smb_005

Walaupun tiada puzzle, tetapi timing korang melompat untuk melepasi sesuatu halangan tu kene tepat, kalau tak, mendapat la korang samada korang terbabas time melompat tu, ataupun korang landing betul-betul atas mesin grinding. Hah!! Ingat senang ke.

Pada Abah, game ini juga sesuai untuk dimainkan oleh seisi keluarga korang samada untuk anak korang ataupun bini korang, cume beberapa aspek game ini korang perlu amik perhatian! Jangan nanti anak-anak korang tanya ‘Abah, Fetus tu ape?’ sudah la…lol.

Korang bole bergilir-gilir main, sebab game ini menyediakan 300 level untuk di mainkan dan juga untuk dilepasi. Wow memang banyak tu!!

Apa Abah Rasa

Super Meat Boy memang menepati citarasa seorang gamer yang berstatus seperti Abah, seorang ayah yang mempunyai anak-anak kerana game yang amat simple dan santai untuk dimainkan. Tak banyak yang korang perlu buat dan tidak stress untuk bermain game ini. Cume sekiranya masa untuk anak anda bermain, perhatian perlu diberikan kerana seketul daging melompat-lompat dan Fetus?? Mungkin tak berapa elok untuk pemikiran anak korang.

Abah Kata:

Download Der!! Jangan Tak Download

 

Comments

comments