rocket-league-001

Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Rocket League.

Apa Yang Best Tentang Game Ni??

Tengah Abah sibuk memilih samada nak beli Fifa 16 ataupun PES 2016, tetiba seorang kawan Abah iaitu En Tobeng telah send Abah satu video gameplay di mana beliau bermain game Rocket League ini. Punya la pujuk Abah suh main game ni, sampai puji melambung yang game ni siyes best.

Setelah Abah tengok video gameplay ni, Abah pun try download dan main. Pergh!! Memang tak tipu, game ni memang menyeronokkan dan buat Abah gelak tak berhenti sebab melihat gelagat setiap member-member yang bermain bersama kita.

Game dia simple je, korang pilih kereta, customize, pastu start la main. Ye bro, korang main bola menggunakan kereta hahaha, nampak macam kelakar, tapi siyes Abah cakap konfem korang gian punya.

rocket-league-003

Tapi ingat, kalau korang rasa main game ini mudah seperti korang main FIFA ataupun PES, korang silap. Abah sendiri kadang-kadang stress sebab korang kene mengawal kereta dan shoot bola yang gedabak besar ke arah pintu gol. Hah ingat senang??

rocket-league-004

Yang menariknya game ini boleh dimainkan sehingga 8 orang secara online. Dan permainan di mainkan secara 4 vs 4. Konfem korang mengekek ketawa melihat kawan-kawan korang or lawan korang sedaya upaya mengawal kereta untuk membawa bola ke pintu gol.

Selain itu, korang juga bole customize kereta korang mengikut citarasa korang. Korang boleh memilih berbagai-bagai jenis kereta, cat yang berbagai warna, sports rim, warna asap ekzos dan juga flag negara mana yang korang ingin gunakan.

rocket-league-005

Apa Abah Rasa.

Bagi Abah game ini memang santai dan amat Abah sarankan bagi mereka yang nak release stress setelah seharian bekerja ataupun setelah seharian menguruskan anak-anak. Game ini juga sesuai untuk anak korang mainkan kerana control mekanikal yang amat mudah. Tapi ingat bapa-bapa semua, game ni memang mengasyikkan, so awasi la anak korang tu jangan sampai leka sangat mengadap Rocket League ni.

Abah Kata:

Download Der!! Rugi Kalau Tak Download!!

Comments

comments