BRR_001

Hola!! Gamers, korang sudah berkeluarga? Beranak-pinak? Korang pernah tak nak beli game-game latest tapi budget tak berapa nak ada sebab kena beli Pampers anak?? Bini bising sebab beli game banyak sangat?? Abah pun hadapi masalah yang sama macam korang juga.

Relak ye, benda-benda kecik macam ni ada je jalan penyelesaian. Bak orang Jawa cakap, ‘small the pieces’. Hahahah so takyah kelam kabut, buat relak sebab Abah ada cara mudah untuk korang semua atasi masalah ini.

So sementara korang nak cukupkan duit untuk beli game-game favourite korang tuh, Abah sarankan korang layan dulu game-game free yang boleh korang download dari PSN Plus di PS4 korang.

Apa?? Malas nak download?? Takut game yang di download tuh tak best?

Jangan risau, sebab Abah akan bantu guide korang. Dengan adanya siri baru ini, Bila Abah Review, Abah akan mengupas samada game itu sesuai atau tak untuk orang berkeluarga macam kita ni download nanti.

So untuk permulaan apa kata kita usha-usha dulu apa game yang free pada bulan September ini:

 Grow Home

BRR_001Korang akan main sebagai sebuah robot yang bernama BUD (Botanical Utility Droid) yang objektifnya untuk mendapatkan benih kepada Star Plant demi menyelamatkan planet asalnya! Sebuah game berkonsepkan open world.

Teslagrad

BRR_003Game 2D yang berkonsepkan puzzle ini membawa korang ke alam purba. Menyelesaikan puzzle dan juga berhadapan dengan pengikut-pengikut Raja Kerajaan Elektropia, seorang raja yang memerintah dengan kuku besi.

Super Time Force Ultra

BRR_002

Rindu kan Contra?? Game ini mempunyai ciri-ciri Contra. Lompat dan menembak macam org hilang akal, tentuk memuaskan hati mereka yang menyukai game berkonsepkan advanture shooting ini.

Xeodrifter

BRR_004Bermain sebagai seorang astronaut yang mengembara ke setiap planet untuk mencari spare-part bagi membaiki kapal angkasa yang rosak. mengembara ke planet-planet lain dan hadapi rintangan yang disediakan.

So amacam guys? Tunggu Bila Abah Review dalam masa terdekat ni, OK?Stay tuned!

ADIOS!

Comments

comments