bila-abah-review-001

Yeah bulan Disember dah pun menjelma. So terima kasih sebab still follow Abah mereview game-game dari PS Plus.

So apa pulak game free yang PSN Plus sediakan bulan ni? Jom stay tuned dengan Abah, kita usha apa yang diorang bagi:

Gauntlet: Slayer Edition

Game yang berkonsepkan hack and slash, dungeon crawl ini boleh di mainkan secara single player ataupun multiplayer. Berbagai watak yang boleh dimainkan dalam misi korang menerokai dungeon. Kumpul duit, bunuh musuh-musuh dan upgrade senjata korang bagi membolehkan korang bertahan lama di dalam game ini.

King’s Quest – Chapter 1: A Knight to Remember

Bermain sebagai Gwendolyn yang bercita-cita ingin menjadi Kesatria di dalam pasukan King Edward’s Royal Guard. Berkonsepkan single player adventure ini mempunyai keunikan grafik yang tersendiri. Selesaikan puzzle-puzzle, terokai dunia yang penuh dengan misteri dan berbahaya ini untuk mencapai misi menjadi Kesatria terhebat.

So amacam guys?? Teruja tak? Hmm sabar la, tunggu Abah review game-game ini nanti.

ADIOS!

Comments

comments