Bila Abah Review PS+: Grow Home

BRR_001

Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini.

Apa Abah Suka

Abah suka Grow Home ni sebab ianya sebuah game adventure singleplayer open world yang amatlah santai untuk dimainkan kerana mission yang mudah, fun dan penuh dengan cabaran casual. Sekiranya korang macam Abah, nak lari sekejap dari session game yang intense untuk membancuh susu anak pastinya sukar! Mungkin inilah game yang sesuai untuk rileks petang-petang sambil bergurau-senda bersama bini di sebelah!

growhome_01

Dalam Grow Home ini, korang akan mengawal BUD (Botanical Utility Droid) dan tugas korang senang je – cari Star Plant dan tanam benih untuk membolehkan tumbuhan tersebut membesar. Game ini juga mempunyai rekaan character yang unik serta pergerakan yang agak kelakar lagi menghiburkan! Bini Abah tak henti tergelak melihatnya!

growhome_02

Kalau korang suka untuk bermain game bersama anak-anak korang, Abah sangat sarankan game Grow Home ini. Ianya mudah dimainkan dengan rekabentuk character dan stage yang penuh warna-warni, ianya pasti menarik perhatian anak-anak korang untuk bermain sambil mengasah kreativiti dan motor skills.

Apa Abah Rasa

Grow Home ini adalah game yang amat santai, tidak terlalu boring, character yang unik yang mungkin menghiburkan korang dengan pergerakan yang clumsy, lemah longlai. Game ini juga tidak terlalu berat dan boleh dimainkan secara rileks.

Abah Kata:

Download Der!! Jangan Tak Download

Comments

comments