Bila Abah Review PS+: Dragon Fin Soup

bila-abah-review-003

Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Dragon Fin Soup.

Pandangan Pertama Abah.

Wooo terkejut Abah bila tengok free game untuk bulan November ni. 2 game yang agak berat untuk dimainkan. Tetapi bila pertama kali Abah try game ni, hati Abah dah pun terpikat. Walaupun Abah bukan peminat no. 1 game RPG, tetapi game ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Bagi Abah, game ini agak berat. So amatlah tidak sesuai dimainkan oleh anak-anak korang, kerana tidak bersifat santai seperti game-game free sebelum ini. Namun begitu, bagi mereka yang meminati game RPG seperti ini, mungkin tiada masalah bagi mereka untuk memainkan game ni.

dragon-fin-soup-001

Di dalam Dragon Fin Soup ini, ada 2 mode yang boleh korang mainkan. Stroy Mode dan juga Survival Mode. Untuk story mode, korang akan bermula sebagai Red Robin, seorang rogue yang di dalam misi untuk mencari naga berbentuk kura-kura yang menguasai dunia Asura.

dragon-fin-soup-003

Untuk Survival Mode pula, korang akan mainkan sehingga 7 character – yang korang boleh unlock dengan menyelesaikan Story Mode. Korang akan hadapi wave-wave musuh yang ramai dan menggunakan kecekapan skill korang untuk bertahan selama mana yang korang mampu.

Seperti game-game Role-Game Playing yang lain, korang perlulah meng-‘upgrade’ weapon korang. Korang juga boleh crafting segala jenis weapon ataupun armor korang. Sistem crafting juga menarik di mana korang perlu mengali tanah untuk mencari bahan-bahan crafting itu sendiri.

dragon-fin-soup-004

Abah merasa seronok bermain game ini, kerana wataknya yang comel, sistem mekanikal yang mudah, juga mempunyai beberapa puzzle kecil yang korang perlu selesaikan untuk melepasi sesuatu tempat.

Dan kalau korang nak tau, watak Red Robin ini mengabungkan 2 watak fairy’s yang terkenal iaitu Robin Hood dan juga Red Riding Hood. Woo!! Menarik, bukan?

dragon-fin-soup-005

Apa Abah Rasa.

Sekiranya korang mencari game yang bersifat santai dan relaks, Dragon Fin Soup bukanlah pilihan yang tepat. Game ini memerlukan korang grinding level untuk menghadapi musuh-musuh yang kuat. Game ini juga tidak sesuai dimainkan oleh anak korang dan juga akan menyebabkan korang leka. Jadi seperti yang Abah bagitau tadi, game ni tidak sesuai dimainkan jika korang mempunyai anak kecil yang hendak dijaga – silap-silap korang tengah leka main, anak korang dah ada bawah meja tengah makan lipas!!

Abah Kata:

Boleh Download Kalau Nak Main!! Tapi Kalau Untuk Relak-Relak Santai Tak Perlu Kot!!

Comments

comments