Pertemuan pada Mac yang lalu bukanlah penamat bagi friendly matches BF4 antara Malaysia & Indonesia. Kali ini, soldadu Battlefield 4 PS4 kedua-dua negara serumpun ini bakal kembali untuk bertempur di alam maya! Jom kita skodeng!

high res

Bila Nih?

Pertemuan friendly antara Malaysia dan Indonesia ini akan diadakan pada Jumaat, 11 September 2015, tepat jam 10 malam.

Apa Game Mode Korang Main Nanti?

  • Game mode: Conquest Large (32 players vs 32 players)
  • Map rotation: Team MAS memilih map Siege of Shanghai, team IDN memilih map Rogue Transmission. Setiap map akan dimainkan dua round. Jika kedudukan berakhir 2-2, match penentuan akan dimainkan di map Dawnbreaker.
  • Server: Kali ini, pertemuan akan dimainkan di server Team Malaysia, tidak seperti pertemuan Mac lalu.

Siapa Wakil Malaysia?

Malaysia akan membariskan anggota-aggota pasukan baru pada kali ini, dan berikut adalah nama-nama perwira BF4 Malaysia:

  1. Theironmod
  2. Raja_Bomoh 
  3. Paeet261 
  4. Linuxskate 
  5. Azfararrifin 
  6. Adzmaengoo 
  7. Stonner3901 
  8. Ozil_83 
  9. Marizal86 
  10. Santorian 
  11. Firdauz_ 
  12. Firdaus_Radzi 
  13. Onechai 
  14. Lycan_warrior 
  15. Rotib0y_ 
  16. Glukosa 
  17. Jujuhafizul 
  18. Red_Naoki
  19. XxAlphardxx55 
  20. Jalorosii 
  21. MafiaJohn 
  22. Dagmara_Orlinska 
  23. Dudelasse 
  24. Muixmorbid 
  25. Amar_ironman 
  26. Mie_sekupang 
  27. Nyiawnyiawcat 
  28. Abrai_lan
  29. Tobeng94 
  30. Rizzu1986 
  31. Huru-hara
  32. T4R4KUT4 

 Ada Livestream Tak Bro?

Dengan penuh dukacita dimaklumkan, tiada livestream akan disiarkan bagi match ini bagi mengelakkan lag pada gameplay kitorang nanti. (TM Unifi, sponsor kitorang please!) Namun, match ini akan di-upload ke channel Penulis, dan pastinya akan terus dinaikkan ke site JomGaming.my nanti!

Takde Livestream Macamana Kitorang Nak Support?

Kepada korang-korang yang tengah membaca nih, sekiranya korang adalah pemain Battlefield 4 PS4, korang amat digalakkan untuk training bersama kitorang di server Team Malaysia sebelum match ini nanti. Just search: ‘MAS training ground’ di Server Browser! Jom bersama-sama kita ramaikan majis!


Kepada korang yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan pertemuan sebelum ini, di bawah ini adalah video penuh match tersebut. Korang boleh jugak tonton video nih dekat frontpage site ni di playlist JomGaming.TV!

Jadi, apa pendapat korang? Adakah team Indonesia bakal meraih kemenangan mudah seperti sebelum nih? Atau team Malaysia bakal menebus kekalahan dan mengembalikan maruah yang tercalar Mac lalu? Sama-sama kita nantikan!

Comments

comments