Kebangkitan team Malaysia untuk menebus kekalahan pada Mac lalu berjaya disekat team Indonesia. Garuda berjaya menumpaskan Harimau dengan keputusan 3-2. Namun pasukan negara bukanlah tewas dengan mudah.

Jom ikuti sorotan match pada malam semalam yang sungguh EPIC nih!

Pagi Yang Sayu…

Sungguh sayu hati kitaorang pada pagi ini. Angka ‘7’ menghantui kitaorang sejak malam tadi. Tewas di akhir perlawanan dengan berbaki 7 tiket sahaja amatlah perit untuk ditelan.

Round 1: Siege of Shanghai

Team MAS bermula dengan garang. Pada awal round, kita seolah-olah mampu untuk membuka langkah kanan di round pertama. Namun, team INDO pantas dan bijak membaca strategi kitaorang. Team INDO mula menukar perancangan untuk counter team MAS yang sedang mendahului. Team MAS cuba bertahan namun asakan dari pasukan seberang tak mampu untuk dikekang. MAS 0 – 129 INDO

2

Round 1: Siege of Shanghai hanya hingga 5:03

Round 2: Siege of Shanghai

Seperti sebuah pasukan yang hilang momentum, team MAS bermula kurang yakin di awal round. Namun, kesilapan di round pertama cuba diperbaiki. Kali nih, team MAS pula yang cuba menukar rentak permainan dan mendapatkan sesuatu dari round kedua nih. Walau bagaimanapun, semua itu belum cukup untuk meruntuhkan kubu team INDO yang cukup mahir dengan selok belok di map Shanghai. Walau telah berjaya bleed-kan tiket dengan banyak – team INDO berjaya bertahan dengan baik dan menang tipis. MAS 0 – 51 INDO

Link - http://battlelog.battlefield.com/bf4/battlereport/show/32/642348289480770944/531087042/

Half-Time!

Team MAS mula gelisah. Nampak seperti episode pada Mac lalu bakal berulang sekiranya seluruh pasukan tidak mampu bangkit. Ketua-ketua squad seperti IronMod dan OneChai mula lebih serius dan setiap squad diletakkan dengan tugas yang lebih teliti.

Round 3: Rogue Transmission

Umpama harimau yang terluka. Itulah gambaran yang dapat disaksikan melalui round ketiga nih! Satu persatu flag dapat dijaga dengan kemas. Defensive line yang padu menyukarkan team Garuda untuk masuk mendapatkan objektif. Segala perancangan yang diatur ketika half-time dapat dipraktikkan dengan baik dan semua pemain mengamalkan disiplin yang tinggi. Santorian dan Firdauz_ berjaya mengekang kemaraan jet Jodi dengan baik. Penggunaan gadget-gadget yang lebih bersifat taktikal seperti Javelin dan Stinger lebih membuatkan team INDO menderita. MAS 71 – INDO

Link - http://battlelog.battlefield.com/bf4/battlereport/show/32/642364493855507840/531087042/

 

Round 3: Rogue Transmission hanya hingga 8:09

Round 4 – Rogue Transmission

Persis pasukan yang hilang arah. Hilang punca, hilang tujuan. Team INDO seperti mati akal untuk menembusi benteng pertahanan team MAS. Kekalahan pada round sebelum nih membuatkan semangat diorang sedikit merudum. Team INDO serba tak kena. Team MAS menang mudah. MAS 345 – 0 INDO

Link - http://battlelog.battlefield.com/bf4/battlereport/show/32/642370765820577152/531087042/

Round 4: Rogue Transmission bermula pada 10:20

Aksi Penentuan!

Dari ketinggalan 2-0, team MAS berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2. Round seterusnya adalah umpama hidup dan mati!

Round 5 – Dawnbreaker

Tiada kata yang mampu diungkap. Tiada bahasa yang mampu diucap. Itulah yang mampu kitaorang gambarkan betapa sengitnya match terakhir dan kelima nih! Kedua-dua pasukan bermain mati-matian dengan membawa panji negara. Masing-masing menolak satu sama lain dengan penuh kesungguhan. Flag C menjadi saksi pertumpahan darah, menjadi bukti bahawa betapa sukarnya kedua-kedua pasukan untuk hold the line.

Secara peribadi, mungkin inilah round yang paling sengit pernah dialami oleh Penulis. Bayangkan server yang full 32 vs 32, mampu bertarung sesengit nih dan akhirnya team INDO mengesahkan kemenangan dengan tiket yang hanya berbaki TUJUH. MAS 0 – 7 INDO

Link - http://battlelog.battlefield.com/bf4/battlereport/show/32/642376226292680064/531087042/

 

 

Keputusan akhir: MAS 2 – 3 INDO.

Nota: Round Lancang Dam adalah Half-Time
Nota: Round Lancang Dam adalah Half-Time

Begitulah EPIC-nya perlawanan dua negara serumpun nih. Kedua-dua pasukan tidak pernah kenal erti putus asa – demi membawa nama negara ke tahap yang lebih tinggi.

Apa-apa pun, kitaorang di JomGaming.my mengucapkan syabas dan tahniah kepada squad negara. Mereka telah bermain sehabis mampu, namun rezeki belum lagi menyebelahi kita. Tahniah juga kepada team INDO atas kejayaan dengan mempamerkan aksi yang cukup mantap!

Kita cuba lagi next time! MALAYSIA BOLEH! HOOAH!

Comments

comments