Beberapa jam menjelang Match Battlefield 4 Malaysia vs Indonesia, team IDN meng-upload banner diorang – dengan menamakan senarai penuh line-up pada malam nih!

Lineup team IDN

Preview Line-Up Indonesia!

Secara ringkas, apa yang boleh kitaorang katakan pasal line-up nih – Squad paling kiri di poster di atas pastinya adalah squad Air Vehicle. Evopi (heli pilot) nampak gayanya akan dibantu dengan dua repairman. Jodi adalah key player pada malam ni – yang cukup terkenal dengan skill menerbangkan jet. Dan, squad-squad lain nampaknya tidak banyak berubah daripada match pada Mac lalu.

Mana Line-Up Team Malaysia?

Team Malaysia telah mengumumkan line-up beberapa hari yang lepas. Dan  korang boleh dapatkan senarai pahlawan-pahlawan negara dan semua info mengenai match nih di sini.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

Dengan Penulis sendiri akan terlibat dengan match yang penuh debaran nih – pastinya kitaorang memerlukan sokongan padu dari semua gamers Malaysia! Ayuh! MALAYSIA BOLEH!

Stay tune bersama kitaorang di JomGaming.my untuk mengetahui apakah keputusan match nih nanti!

 

Comments

comments