Kembara dalam dunia Elder Scrolls dalam potret mode!

Siri Elder Scrolls kini akan tiba ke Android dan iOS dalam bentuk pengembaraan first person RPG dan membenarkan pemain beraksi dengan pelbagai gaya bertarung. Bethesda telah menyatakan grafik dalam The Elder Scrolls: Blades bakal menyerupai kualiti konsol generasi ini. Apa yang lebih menarik, ia boleh dimainkan dalam mode landskap dan juga potret!

The Elder Scrolls: Blades akan mengisahkan seorang ejen Blades yang telah menjadi orang buangan oleh The Empire dan terpaksa pulang ke kampung halaman. Menjadikan pengalaman lebih buruk, kampung tercinta telah mengalami kemusnahan dan bermulalah pengembaraan korang!

The Elder Scrolls: Blades akan diterbitkan dahulu bagi telefon – telefon pintar dan kemudiannya akan tiba ke PC, konsol dan perkakasan VR. Pendaftaran awal boleh dilakukan di playblades.com.

Saksikan pengumuman The Elder Scrolls: Blades dibawah.

Comments

comments