Apa yang akan ditampilkan dalam siri Fallout terbaru ini?

Tanpa angin, tanpa ribut, Bethesda secara mengejutnya mengumumkan game terbaru Fallout 76. Mereka hanya mengeluarkan satu teaser trailer yang berdurasi 1:34 minit dan tidak mendedahkan sebarang info tambahan.

Di deskripsi video tersebut, Bethesda menyatakan yang game ini akan didedahkan dengan lebih lanjut semasa E3 2018 di pentas Bethesda. Ia akan berlangsung pada 11 Jun 2018, 9 pagi (waktu Malaysia).

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa laporan awal yang memberitahu apakah yang akan dibawakan ke dalam game ini nanti. Pada mulanya, pasti ramai yang menjangkakan Fallout 76 bakal membawakan genre seperti apa yang telah siri ini bawakan selalu, iaitu single-player RPG.

Tetapi, Fallout 76 dikhabarkan adalah sebuah game online survival RPG yang diinspirasikan oleh game DayZ dan Rust, menurut beberapa individu yang rapat dengan projek ini, lapor Kotaku.

Individu-individu ini menyatakan Fallout 76 adalah sebuah projek eksperimen terbaru oleh Bethesda. Ia dikatakan mempunyai quest dan story, seperti mana game-game Bethesda yang lain; serta turut mempunyai fungsi base-building seperti Fallout 4.

Game ini dinamakan bersempena Vault 76 yang pernah disebut dalam Fallout 3 dan Fallout 4. Menurut lore game-game ini, Vault 76 akan dibuka hanya 20 tahun selepas perang nuklear itu, berbeza dengan game Fallout sebelum ini yang bermula 200 tahun selepas perang nuklear. Maka, Fallout 76 akan membawakan satu bentuk kelainan yang baru.

Bilakah tarikh pelancaran, apakah platform yang akan dipasarkan — semuanya masih lagi menjadi misteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.