Berita baik untuk peminat-peminat siri Mass Effect.

Apabila disoal dilaman Twitter, Ian Frazier selaku lead designer telah menyatakan kebarangkalian besar beta bagi mode multiplayer Mass Effect: Andromeda akan diterbitkan pada hujung bulan Januari.

Nantikan kemaskini daripada kami apabila tarikh tepat bagi beta ini diumumkan.

Beberapa screenshot dan video telah diterbitkan oleh BioWare untuk tontonan peminat-peminat. Ianya juga merupakan salah sebuah keluaran EA yang tidak akan mempunyai sistem bayaran season pass.

Berikut adalah gameplay trailer yang telah dikongsi bersama di CES 2017.

Mass Effect: Andromeda akan diterbitkan pada 21 Mac untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Comments

comments