Tawaran ini dalam masa terhad, jadi dapatkan versi digital dengan segera!

Ikuti pengembaraan Chloe dan Nadine sekarang!

Sempena pelancaran Uncharted: The Lost Legacy semalam, PlayStation Store bermurah hati sertakan sekali siri game dibangunkan oleh Naughty Dog yang berjaya menambat hati peminat sebelum tiba siri Uncharted iaitu siri Jak and Daxter.

Jak and Daxter: The Precursor Legacy merupakan game pertama bagi siri Jak and Daxter yang dilancarkan pada tahun 2002 dan eksklusif hanya untuk PS2.

Game klasik platformer PS2 ini mengikuti pengembaraan seorang budak lelaki Jak bersama kawan baiknya Daxter yang bertukar menjadi seperti campuran memerang dan cerpelai ke dalam dunia penuh dengan magik serta eksplorasi luar dari jangkaan mereka berdua.

Jak and Daxter: The Precursor Legacy juga dinaik-taraf kepada versi PS4 sama tarikh seperti Uncharted: Lost Legacy iaitu pada 22 Ogos 2017.

Jika korang beli Uncharted: The Lost Legacy melalui PlayStation Store sebelum 5 September ini, korang akan dapat Jak and Daxter: The Precursor Legacy secara percuma!

Ahli PS Plus juga akan menerima tema eksklusif Uncharted: The Lost Legacy dengan pembelian game di PlayStation Store.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.