Belajar menembak sudah, belajar jadi Spiderman sudah, belajar jadi doktor pakar sudah – apa lagi agaknya yang belum kita saksikan dibawa ke dalam dunia realiti maya (VR)? Masak ayam goreng KFC!

Kentucky Fried Chicken atau lebih kita kenali dengan KFC telah membina sebuah pengalaman VR dengan kerjasama Oculus Rift, menurut laporan Eater.com. Pengalaman VR ini dilaporkan adalah program latihan yang diberikan kepada pekerja KFC bagi menyediakan hidangan ayam goreng dengan resipi asli.

Pengalaman VR ini dikatakan dalam suasana yang agak seram apabila Colonel Sanders kedengaran memberikan arahan untuk membuat ayam goreng ini dalam nada yang tegas. Kegagalan pemain untuk menyediakan ayam goreng seperti yang diarahkan akan menerima hukuman dikunci di dalam bilik itu buat selama-lamanya, ditemani Colonel Sanders.

Korang boleh saksikan video penuh aksi memasak ayam goreng KFC ini di bawah:

Apa perasaan korang sekiranya dapat bermain game ini? Adakah korang mampu menyediakan ayam goreng yang sedap sehingga menjilat jari?

Comments

comments