Nampaknya, bukan Kojima-san seorang yang menjadi mangsa Konami!

Shinji Hirano yang pernah mengetuai Konami Europe, telah menerima jawatan eksekutif di Kojima Productions, menurut profile LinkedIn beliau. Hirano sebelum ini bertindak sebagai Presiden Konami Digital Entertainment bagi Konami bahagian Eropah dan Amerika, tetapi kini beliau disenaraikan sebagai Presiden Kojima Productions bermula November 2016.

Perpisahan antara Kojima dan Konami diketahui umum, dan nampaknya Hirano turut mengalami layanan yang sama daripada Konami. Sebelum ini, Hirano mewakili Konami kemana sahaja termasuk ke E3, tetapi beliau mengadapi pelbagai isu diturunkan pangkat – jawatan terakhir beliau di Konami hanya dinamakan “Pegawai Korporat”.

Beliau meninggalkan Konami pada Mac 2016, tidak lama selepas Hideo Kojima mengumumkan penubuhan Kojima Productions lewat 2015.

Hirano akan membantu Kojima Productions di dalam pembangunan dan pemasaran game pertama studio tersebut, Death Stranding.

Comments

comments