Apa pula yang dirancang di sebalik tirai Sony itu kali ini?

Tahun lalu, Quentin Cobb telah meninggalkan Naughty Dog untuk membangunkan Just Survive, sebuah game shooter zombi di PC, memegang tugas sebagai Senior Game Designer. 12 bulan kemudian, beliau kini kembali di bawah payung Sony dengan tugas yang sama.

Namun, apa yang menarik adalah beliau berahsia tentang studio manakah yang beliau bekerja dan apakah projek yang beliau sedang bangunkan.

Dalam tweet yang dikeluarkan di akaun peribadinya, Cobb berkata:

“Hari ini adalah hari pertama saya sebagai Senior Game Designer untuk Sony. Saya tidak sabar untuk bercakap tentang projek yang sedang saya usahakan dan apa yang bakal tiba pada masa hadapan. Ia adalah sangat seronok untuk kembali!”

 

Apabila ditanya tentang studio manakah yang beliau sedang bekerja, jawab Cobb, “rahsia…”

Sony sememangnya suka membuat kejutan dalam mengumumkan sebarang game eksklusif. Mungkinkah projek yang Cobb sedang usahakan ini bakal diumumkan buat pertama kali semasa E3 tahun ini? Sama-samalah kita nantikan.

Terima kasih, Push Square.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.