Apa yang baru untuk Battefield tahun ini?

Bermacam-macam khabar angin yang telah kita dengar tentang Battlefield yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Satu arah laporan yang paling banyak diperkatakan sekarang adalah laporan yang didedahkan pada minggu lalu, menyatakan yang ia berjudul Battlefield V, menggunakan latar belakang Perang Dunia Kedua (WW2).

Terbaru, GamesBeat telah mengemaskini laporan mereka itu dengan beberapa penambahan info yang boleh dikatakan agak menarik.

Story campaign Battlefield V dikhabarkan akan mempunyai jalan cerita berepisod, mengikuti rapat seperti apa yang disajikan dalam Battlefield 1. Ia akan membawakan kisah-kisah berlainan daripada pelbagai perspektif dan pihak dalam WW2.

Katherine Kingsley, pelakon suara untuk pengumuman-pengumuman yang selalu kita dengar dalam multiplayer Battlefield 1 juga akan kembali untuk siri akan datang ini. Beliau telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram dengan hashtag Battlefield (#battlefield).

Info paling menarik daripada laporan ini adalah game ini akan memiliki misi co-op, sesuatu yang DICE sedang usahakan untuk Battlefield V. Ia mengatakan yang beberapa skuad akan diberikan “misi Conquest yang tiba secara rawak”. Laporan ini tidak mahu mengesahkan sama ada ia bakal mempunyai splitscreen co-op ataupun tidak.

Selain itu, laporan ini turut menyatakan yang sistem ‘meniarap’ baru akan diperkenalkan, sama seperti yang ditampilkan dalam Rainbow Six Siege keluaran Ubisoft. Pemain bakal bukan sahaja boleh meniarap, tetapi juga akan boleh baring terlentang. Ia akan membuatkan game ini lebih bersifat kompetitif, dan campers pastinya sedang tersenyum. Eh?

Macam biasa, jangan ambil info-info khabar angin ini terlalu serius. Ia sentiasa dalam kategori ura-ura selagi ia tidak diumumkan secara rasmi oleh EA dan DICE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.