Penantian akhirnya bakal berakhir!

Nampaknya segala khabar angin yang berlegar sebelum ini tentang judul game Battlefield pada tahun ini adalah benar. EA dan DICE secara rasminya telah mengumumkan Battlefield V.

Mereka telah mendedahkan bahawa acara pengenalan untuk game ini bakal diadakan pada 24 Mei 2018, 4 pagi (waktu Malaysia).

Acara tersebut akan dihoskan oleh penulis dan pelawak, Trevor Noah, yang mana ia disahkan sendiri olehnya di akaun Twitter beliau.

Khabar angin tentang judulnya adalah benar. Apakah khabar angin tentangĀ latar belakang Perang Dunia Kedua, beberapa fungsi seperti misi co-op dan sistem meniarap seperti Rainbow Six Siege juga adalah benar?

Itu semua bakal terjawab dalam acara pengenalan pada minggu hadapan yang korang boleh saksikan di channel Youtube Battlefield. Simpan link livestream di bawah baik-baik, kita semua tidak mahu terlepas menyaksikan acara yang sangat dinantikan ini!

Comments

comments