Apa yang bakal dibawakan ke dalam Battlefield untuk tahun ini?

Acara pendedahan Battlefield V baru sahaja berakhir tadi. Kalau korang tak berkesempatan untuk menonton livestream tadi, ini kami senaraikan apa yang telah didedahkan untuk game yang telah disahkan dengan latar belakang Perang Dunia Kedua (WW2) ini.

Tarikh Pelancaran

Battlefield V akan dilancarkan di seluruh dunia untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober 2018.

Video Trailer

Semestinya mereka telah memperlihatkan gameplay trailer. Walau bagaimanapun, ia masih tidak disahkan sama ada ia adalah gameplay untuk multiplayer atau co-op (dijelaskan di bawah).

Momen yang paling menarik perhatian kami dalam trailer ini adalah pada babak akhirnya. Dapat dilihat karakter wanita yang menjadi fokus utama sepanjang trailer ini menampakkan tangan kirinya yang mekanikal. Apakah kisah disebalik itu?

Jom layan:

Mode Co-Op Baru

Antara pembaharuan yang menjadi fokus dalam Battlefield V adalah mode co-op terbaru yang digelar Combined Arms.

DICE tidak menyatakan sama ada trailer yang dikeluarkan ini merupakan gameplay multiplayer ataupun co-op. Dari pengamatan kami, ia mungkin adalah gameplay co-op.

Ini kerana walaupun kita dapat melihat HUD yang seakan seperti mode Conquest dalam multiplayer, tetapi babak-babak dalam trailer ini penuh dengan sinematik. Jadi, ia mungkin adalah gameplay co-op yang mungkin ada jalan ceritanya yang tersendiri.

Tiada Premium Pass

Ya. Korang bacanya dengan betul. Setelah menggunakan model berbayar yang sering memecahbelahkan komuniti sejak Battlefield 3, akhirnya DICE mula belajar dari kesilapannya ini.

Tiada Premium Pass untuk Battlefield V. Mereka turut mengesahkan secara berseloroh bahawa game ini tidak menggunakan model pay-to-win, satu kontroversi yang melanda EA dan DICE tahun lalu.

War Stories

Dalam siri sebelum ini, Battlefield 1 buat pertama kalinya memperkenalkan War Stories. Ia merupakan beberapa kisah pendek dalam bentuk story campaign dari karakter-karakter berbeza yang tiada kaitan antara satu sama lain.

Diumumkan tadi, War Stories akan kembali ke Battlefield V. Pasti menarik untuk menyaksikan kisah-kisah Perang Dunia Kedua “yang tidak pernah diceritakan”.

Grand Operations

Seperti juga War Stories, Operations yang diperkenalkan sebelum ini dalam Battlefield 1 akan turut kembali ke Battlefield V, dan ia kini akan digelar Grand Operations.

DICE menjanjikan pengalaman yang lebih luas dan variasi dalam mode besar ini.

Customizations

Antara customizations baru yang dibawakan adalah pilihan kosmetik untuk menukar baju dan mengecat muka. Mereka hanya berkongsi tentang perkara ini secara ringkas, maka tidak banyak yang kita ketahui tentang customizations ini.

Di bawah adalah beberapa screenshots dalam game yang dikongsikan:

Fortifications

Fortifications adalah salah satu fungsi baru yang akan ditampilkan. Mereka tidak mendedahkan secara mendalam tentang mekanik terbaru ini, namun apa yang kita ketahui setakat ini adalah pemain boleh membina kubu-kubu sementara yang digunakan sebagai strategi pertahanan.

Adakah pembinaan kubu seperti Fortnite? Sama-sama kita tunggu.

Tides of War

Bagi menarik pemain terus bermain game ini, DICE akan memperkenalkan Tides of War. Ia merupakan acara-acara yang bakal tiba secara berkala. Pemain akan mendapat ganjaran khas apabila menyertai acara-acara tersebut.

Tides of War akan dimulakan seawal November nanti.

Tiada Battle Royale

Secara teknikalnya, DICE tidak menyebutkan apa-apa tentang mode battle royale. Tetapi, dengan tidak menyebutnya itu, kita bolehlah katakan Battlefield V tidak akan mengikut jejak Call of Duty: Black Ops 4 yang turut melompat ke genre yang menjadi fenomena sekaran itu.

Ada apa-apa yang diumumkan dalam livestream yang kami tidak sebutkan dalam artikel ini? Kongsikannya di bawah bersama-sama dengan pandangan pertama korang terhadap Battlefield V.

Comments

comments