Persiapkan diri anda semua sebelum mula bertempur di medan perang Jumaat ini dengan app rasmi Battlefield ini.

battlefield-1

Sebelum ini, DICE telah mengumumkan bahawa aplikasi mudah alih yang sebelum ini dikenali dengan nama Battlelog Mobile App akan diberikan perubahan yang besar, bakal dikenali dengan nama Battlefield Companion. Kini, ia sudah secara rasminya dilancarkan.

Anda boleh dapatkannya melalui Android di sini dan iOS di sini.

battlefield-1-4k

Battlefield Companion akan memiliki fungsi-fungsi yang sama dengan Battlelog Mobile App – seperti dapat melihat perkembangan pemain, stats, achievements, menukar loadout serta melihat profile rakan-rakan untuk Multiplayer. Cumanya, ia bakal memiliki nama dan interface yang berwajah baru.

Battlefield Companion akan menyokong kedua-dua game Battlefield 4 dan Battlefield 1.

Sekiranya anda tidak berminat dengan pembaharuan ini, DICE berkata anda tidak perlu untuk mengemaskini aplikasi ini, dan Battlelog Mobile App akan berjalan seperti biasa.

battlefield-1

Battlefield 1 akan dilancarkan sepenuhnya pada 21 Oktober ini di PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.* FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('post_tag') AND tr.object_id IN (22202) ORDER BY t.name ASC

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.*, tr.object_id FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('category', 'post_tag', 'post_format') AND tr.object_id IN (42406) ORDER BY t.name ASC