Dengar khabar, ada kebocoran maklumat siri Battlefield terbaru di IMDb? Betul ke Battlefield 5 akan keluar tahun depan?

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

JomBaca: Battlefield 4: Perang Saudara Pasukan Malaysia!

Seorang redditor telah secara tidak sengaja terjumpa sebuah title terbaru di IMDb, Battlefield 5: Armageddon. Tidak banyak maklumat penting yang boleh kita dapat dari laman web IMDb tersebut, selain ia memberikan sedikit penerangan bahawa pemain akan menjadi seorang askar yang sedang berperang di Jepun dan dalam misinya untuk pulang bertemu orang tersayangnya.

Apa yang boleh kami jangkakan adalah game ini sama ada akan berlatarbelakangkan Perang Dunia Ke-2 ataupun peperangan moden bersifat futuristik. Berdasarkan namanya, iaitu ‘Armageddon’, ia pastinya akan berkisarkan peperangan pasca huru-hara atau ‘post-apocalyptic setting’ – sesuatu yang sedikit berbeza dari siri-siri Battlefield sebelum ini!

battlefield-4

Telah melebihi 2 tahun di mana DICE tidak mengeluarkan atau mengumumkan apa-apa mengenai siri Battlefield. Dan pastinya tahun 2016 bakal menjadi tahun yang baru kepada siri ini.

JomBaca: Battlefield 4: Cara Dapatkan Phantom Bow Paling Mudah, Hanya Perlu 30 Saat!

Comments

comments