Seperti yang kami laporkan tempoh, satu mini clan match telah berlangsung antara ahli Komuniti Battlefield Playstation Malaysia. Berikut adalah laporan ringkas acara tersebut!

battlefield-4-masA-masB

Penulis JomGaming, Ahmad Faiz aka Tobeng94 telah berpeluang menyertai acara julung-julung kali diadakan sesama komuniti Battlefield Playstation Malaysia ini. Berikut adalah laporan ringkas dan video-video yang berjaya beliau rakamkan – terus dari channel Youtube beliau!

Tahniah kepada semua yang terlibat kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi – lain kali senang sikit Team Malaysia mencari wakil Clan Match yang berkaliber dan berkualiti!

JomBaca: Battlefield 4: Perang Saudara Pasukan Malaysia!

Seperti yang ramai sedia maklum, Team MAS B telah menewaskan Team MAS A dengan kemenangan majoriti 3 dari 5 perlawanan yang diaturkan. Jom kita tengok sikit sorotan perlawanan ini.

Round 1: Zavod 311

MAS A memulakan perlawanan dengan mengawal majoriti flag pada permulaan perlawanan. Perlawanan bertambah sengit apabila MAS B mula mengatur asakan. Kedua-dua tiket pasukan kemudiannya di-bleed dengan agak sekata selepas itu.

MAS B mula memotong pada kiraan tiket 743-744. Walaubagaimanapun, MAS A kembali mendahului semula pada kiraan tiket 691-686. Perlawanan kawalan flag sengit diteruskan sehingga MAS B kembali mendahului pada kiraan tiket 667-670. Dan bermula dari situ, MAS B mengawal majoriti flag dengan menahan asakan demi asakan dari MAS A. Semua majoriti flag dikawal dengan kemas walaupun MAS A cuba sedaya upaya untuk masuk ke kawasan objektif.

Perlawanan Round 1 berakhir dengan MAS B mengekalkan baki kiraan tiket pada 329 tiket.

Round 2: Zavod 311

Selepas kemenangan pertama, MAS B meneruskan momentum mereka dengan asakan pada awal Round 2. MAS B mula mendahului pada kiraan tiket 777-778.

MAS A masih terus menahan asakan dari MAS B dengan kiraan tiket rapat di belakang MAS B! Cubaan MAS A untuk mengambil flag yang berhampiran dengan base MAS B acapkali mengkucar-kacirkan tempo permainan MAS B. Beberapa squad MAS B terpaksa kerap berundur ke flag berhampiran base untuk kembali menutup segala ruang yang telah dibuka MAS A.

Walaupun terpaksa berundur semula ke base, flag mid masih lagi dikawal rapi MAS B. Selepas beberapa kali cubaan memecah masuk tidak berjaya, MAS A masih tidak mampu mengawal flag mid sehingga ke akhir perlawanan.

Perlawanan Round 2 berakhir dengan MAS B mengekalkan baki kiraan tiket pada 437 tiket.

Round 3: Golmud Railway

Seperti harimau yang mengganas, MAS A bermula garang pada round ketiga. Dari awal permainan, MAS A mula mengatur gerak dengan lebih agresif. MAS A memulakan pendahuluan pada kiraan tiket 757-755. Segala flag digenggam dengan erat oleh MAS A, dan MAS B mula kelihatan lalai leka dalam percaturan mereka.

MAS B mula panik. Beberapa cubaan untuk mendapatkan semula majoriti flag tidak berhasil. MAS A sedikit demi sedikit meninggalkan kiraan tiket MAS B.

MAS B mula mengatur gerak. Satu-persatu flag diambil dengan perlahan-lahan. Majoriti flag diambil semula oleh MAS B – dan tiket MAS A mula di-bleed-kan oleh MAS B. MAS B mula memotong tiket pada kiraan tiket 294-298. Bermula dari situ, MAS B terus memperkukuhkan permainan dengan kawalan flag yang mencemaskan.

Perlawanan Round 3 berakhir dengan MAS B mengekalkan baki kiraan tiket pada 197 tiket. Fuhh sengit!


Kesudahannya, Team MAS B muncul pemenang bagi mini clan match ini! Tahniah diucapkan! Pasca mini clan match, ini kata-kata Leader Platoon MAS (yang tidak boleh dinamakan di sini) misteri sungguh beliau hikhik:

Assalamualaikum and salam sejahtera, tahniah kepada kedua-dua team kerana menjayakan mini cm semalam. Like i said several post before and including dalam whatsapp group both team, win or lose it doesn’t matter and kudos to team b.

By now those yang tak pernah rasa cm will now know the reality between casual gaming with your buddies and intense moments time actual cm. Belajar dari experience semalam and move forward.

Veteran player yang dah biasa dengan cm, you should know that everyone improve and jangan terlalu comfortable, there’s always room for improvement.

Thank you to those yang sponsored server, thank you to everyone yang commit time training and willing to sit together under one team walaupun clan yang berbeza.

#TeamMas is still young and we’re still in a process of development to further strengthen our community and last night again and again prove how strong we are.

Muhammad Firdaus Radzi and Nurazny Soh both of you are fully aware right now what it takes to lead 32 players and one day 64 players from different clan and background. Thank you both for giving your best and dedicated your time and effort. Kudos guys

Thank you Izat EmirSama RataMarizal Azli and Mika Mikael yang stream last night match.

Lastly from me, stay strong guys sebab next mini cm will be on January.

battlefield-legacy-operation

Kami di JomGaming mengucapkan tahniah kepada MAS B, dan juga syabas kepada MAS A kerana kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Diharap, event-event seperti ini mampu diadakan dengan lebih banyak pada masa hadapan agar dapat memeriahkan lagi scene gaming di Malaysia ini.

Mungkin dengan usaha-usaha sebegini dari para Battlefielders sekalian, kekalahan MAS kepada IND tempoh hari dapat terbalas nanti! Teruskan usaha dan mantapkan kerjasama – semoga Komuniti Battlefield Playstation Malaysia ini terus sukses memajukan scene Battlefield di Malaysia. Hooah!

JomBaca: BF4: Kebangkitan Harimau Disekat Garuda!

Penafian: Artikel ini adalah dari nota laporan Ahmad Faiz aka Tobeng94 sepanjang mini clan match di atas. Laporan dan video yang dilampirkan tidak melambangkan skill sebenar mana-mana pihak yang berkaitan. Sebaliknya, artikel ini bertujuan melaporkan clan match tersebut dari aspek kewartawanan dan rekod bagi rujukan Battlefielders di masa hadapan. Jika ada yang berkecil hati…

Comments

comments

  • AADK

    sape yang tak leh dinamakan tu POYO GILER, macam dia king of bf4 lak puii

  • Mohd Amir Nasution

    nice bro. Kipidap