Tidak cukup dengan Night Map yang dikeluarkan beberapa bulan lepas, DICE kembali dengan memberi satu lagi map baru – dan yang paling penting ia adalah DLC PERCUMA!

Jangan terlepas ini: Battlefield 4: Malam-Malam Jadi Ninja!

1. Komuniti Battlefield Sama-Sama Develop!

Map yang akan diberi nama Operation Outbreak ini adalah sebahagian daripada Community Map Project yang dibangunkan bersama-sama komuniti Battlefield di Community Test Environment. Pada permulaan, DICE memberikan panduan asas, kemudian mereka membuat beberapa pungutan suara bagi memperbaiki map ini – semua berpandukan kepada feedback yang diberikan oleh komuniti. Dan akhirnya, komuniti memilih sebuah map hutan yang ‘highly destructible’, yang lebih berfokus kepada infantry combat serta saiz map yang sederhana.

2. Kisah Di Sebalik Map Ini.

Seperti setiap map Battlefield yang ada, pastinya ada kisah yang tertulis di sebaliknya. Pusat penyelidikan perubatan rahsia Indonesia telah membangunkan virus dan menguji virus tersebut terhadap sekumpulan monyet. Dijadikan cerita, satu kejadian telah berlaku di mana monyet-monyet ini terlepas dari jagaan dan mendatangkan suasana kelam-kabut di sekitar lembah ini dan telah ditahan oleh perisikan tentera, menyebabkan Amerika Syarikat dan China untuk menghantar pasukan tentera masing-masing ke kawasan itu untuk merampas penyelidikan itu.

3. Map di Padang Pasir Atau Pergunungan?

Jika dilihat pada screenshot di bawah, map ini berlatarbelakangkan hutan tebal, penuh dengan tempat persembunyian di balik-balik semak. Namun, antara senarai pendek map yang dipilih oleh komuniti sebelum ini ialah map yang berlatarbelakangkan di padang pasir atau di kawasan pergunungan.

4. 5 Kawasan Utama Yang Memukau!

Komuniti untuk projek ini juga telah memilih 5 kawasan tarikan utama yang telah dibawa masuk ke dalam map ini iaitu; Pusat Kemudahan Perubatan, Kuil Purba, Ghost Town, Perkampungan Memancing, dan Ladang Kelapa Sawit.

5. Kuil Yang Dihiasi Dengan Air Terjun!

Pada awalnya, tiada Kuil yang dirancang untuk dibawa masuk ke dalam map ini, namun, disebabkan permintaan yang sangat tinggi, menunjukkan komuniti benar-benar inginkan ia dimasukkan (mungkin juga disebabkan di Indonesia terdapat banyak kuil yang menjadi tarikan). Kemudian, DICE menghias kuil tersebut dengan air terjun yang pastinya akan mempengaruhi gameplay pemain nanti.

6. Bagaimana Nama Map Diberi?

Menjelang di akhir-akhir pembangunan map ini, DICE juga telah mengambil feedback dari komuniti untuk menamakan map ini. DICE memilih nama yang mendapat undian tertinggi dan akhirnya, nama ‘Operation Outbreak’ diberi.

+++++

Map ini akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Battlefield 4 Community Operation, satu DLC percuma untuk semua pemain Battlefield 4 pada musim luruh tahun ini.

So amacam, korang dah bersedia untuk mengangkat senapang untuk bertempur di hutan negara seberang? Lock n Load!

Jangan ketinggalan ini: Apa Kita Boleh Belajar Dari BF4 [MAS]?

Comments

comments

  • FPS_Player

    haze/smog effect?

    • Faiz Tobeng

      There will be fire levolution at the palm oil plantation and gonna smoke the whole map :p

  • PElik2 je description dlm bahasa melayu ,aku fhm sikit je T_T