DLC besar pertama untuk Battlefield 1 bakal tiba tidak lama lagi. 

Di laman Twitter rasmi Battlefield, mereka telah memuat naik sekeping gambar, yang memaparkan sedikit teaser untuk DLC berbayar pertama Battlefield 1 – They Shall Not Pass.

Gambar tersebut adalah sebuah concept art yang memperlihatkan aksi tegang beberapa askar di dalam sebuah bunker. Kelihatan juga bendera Perancis di atas kanan gambar tersebut. Ia turut dimuatnaik dengan caption “Soyez prêts”, yang bermaksud “Bersiap sedia”.

DICE sebelum ini telah mendedahkan bahawa DLC-DLC Battlefield 1 akan datang bakal menampilkan sekurang-kurangnya dua negara baru, iaitu Perancis dan Rusia. Untuk DLC They Shall Not Pass ini, negara Perancis akan dibawakan terlebih dahulu.

DLC They Shall Not Pass akan dikeluarkan pada Mac 2017.

Semalam, DICE telah mengumumkan bahawa kini anda boleh menukar game antara Battlefield 1 dan Battlefield 4 tanpa perlu “quit”.

Comments

comments