Battlefield 1 telahpun dilancarkan sepenuhnya. Kini tiba masanya untuk DICE mengeluarkan kemaskini-kemaskini yang sepatutnya.

battlefield-1

Dalam blog post terbaru, DICE telah menyenaraikan beberapa perancangan mereka dalam menambahbaik dan menyokong Battlefield 1 selepas pelancaran. Berikut adalah beberapa kemaskini yang akan dilancarkan tidak lama lagi:

  • Server khas untuk mode Hardcore akan ditambah.
  • Perubahan di map Suez. 5 capture points untuk gamemode Conquest akan ditambah, yang mana kini hanya terdapat 3 capture points.
  • Battlefest yang akan bermula pada 16 November – memperkenalkan livestream, community missions, Battlepack unik, dan banyak lagi.
  • Memperkenalkan Custom Games: Fog of War.
  • Membuka pilihan untuk menyewa Server.
  • Melancarkan beberapa tweaks dan balancing bagi menambahbaik gameplay pada bulan November ini.
  • Melancarkan map percuma terbaru, Giant’s Shadow pada bulan Disember nanti.

Anda boleh baca pengumuman DICE ini dengan lebih lanjut di sini.

battlefield-1-4k

Sebelum ini, Premium Pass telahpun diumumkan DICE, yang bakal membawakan DLC untuk Empayar Rusia dan Perancis.

Comments

comments