Jom tengok apa yang bakal ditampilkan dalam DLC yang bertemakan tentera Perancis ini!

Dalam post di laman web rasmi Battlefield terbaru, DICE telah berkongsi lebih lanjut tentang apa yang bakal mereka bawakan dalam DLC Battlefield 1 akan datang, They Shall Not Pass. 4 map terbaru telah didedahkan – iaitu Verdun Heights, Fort Vaux, Soissons dan Rupture.

Verdun Heights
Fort Vaux
Soissons
Rupture

Selain itu, sebuah game mode baru turut akan diperkenalkan, yang digelar Frontline. Menurut DICE, game mode ini merupakan gabungan antara Conquest dan Rush, di mana kedua-dua team perlu berebut untuk mengawal satu flag objektif. Selepas objektif ini berjaya ditawan, permainan akan bertukar menjadi Rush, di mana satu pasukan perlu menyerang, dan satu lagi pasukan perlu bertahan.

Berikut adalah beberapa lagi kandungan yang akan dibawakan DICE ke dalam DLC ini kelak:

Behemoth Baru

Kereta kebal Char 2C akan menjadi Behemoth terbaru dalam Battlefield 1. Ia adalah berdasarkan kereta kebal super-heavy yang direka oleh Perancis.

Assault Tank Gun

Juga kereta kebal baru, namun ia bukanlah Behemoth seperti yang dinyatakan di atas. Kereta kebal St. Chamond ini juga bakal membawakan kelainan kepada gameplay para pemain.

Elite Class Terbaru, Trench Raider

Elite Class kali ini akan memfokuskan kepada senjata melee, iaitu Raider Club serta grenade yang lebih mantap.

Stationary Weapon Terbaru

Siege Howitzer akan menjadi stationary weapon terbaru dalam Battlefield 1. Berbeza dengan Field Gun yang menembak secara lurus dan terus, Siege Howitzer berfungsi seperti mortar, iaitu melepaskan tembakan ke udara dan seterusnya mematikan musuh dari jarak jauh.

DICE masih belum mengumumkan bilakah tarikh tepat DLC ini akan dilancarkan, di mana mereka hanya menyatakan akan dikeluarkan pada bulan Mac 2017. Para pemilik Premium Pass akan memperoleh DLC They Shall Not Pass ini secara percuma pada 2 minggu lebih awal, manakala pemain lain boleh membelinya secara berasingan selepas itu.

Anda boleh saksikan video teaser They Shall Not Pass ini di sini, yang dikeluarkan DICE beberapa hari lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.