Mahukan lebih aksi Perang Dunia Kedua pada tahun ini?

Game kompetitif bergenre FPS bertemakan Perang Dunia Kedua (WW2) yang didanai oleh Kickstarter, Battalion 1944, baru sahaja mengumumkan beberapa kemajuan yang bakal dibawa ke dalam game ini tidak lama lagi. Kedua-dua versi untuk sesi closed beta dan Early Access telahpun diumumkan untuk game yang mendapat sambutan hangat daripada peminat ini.

Para pemain di platform PC boleh menyertai sesi closed beta yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 Januari ini. Korang boleh mendaftar untuk sesi ini di sini.

Untuk pelancaran versi Early Access di Steam pula, ia akan mula berlangsung pada 1 Februari. Ia akan menampilkan enam gamemode: Total Domination, Capture The Flag, Domination, Free For All, Wartide dan Wartide Lite. Untuk map pula, akan ada dua map yang akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan pertama ia dilancarkan dalam Early Access.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga telah mengeluarkan sebuah trailer baru yang lebih rancak! Jom layan:

Battalion 1944 adalah game shooter yang bakal dikeluarkan untuk platform PC, dibangunkan oleh Bulkhead Interactive dan diterbitkan oleh Square Enix Collective.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.