Nampaknya sistem anti cetak-rompak Denuvo tidak lagi sehebat dahulu.

Nampaknya sistem DRM Denuvo bagi Middle-earth: Shadow of War tidak mampu bertahan lama memandangkan ia baru sehari sahaja telah diterbitkan tetapi versi cracked sudah pun boleh didapati secara online.

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem anti cetak-rompak oleh Denuvo sebelum ini sememangnya antara yang terbaik tetapi baru-baru ini ianya kelihatan sangat cepat ditangani oleh lanun-lanun digital, seperti yang terjadi pada Total War: Warhammer 2.

Sumber: DSOG.

Comments

comments