Keputusan ini belum rasmi lagilah pula? Apa cerita?

Minggu lalu, kita mungkin sudah tersenyum lebar apabila bapa serta selaku pengurus Hikaru Utada telah mengesahkan bahawa soundtrack Kingdom Hearts III bakal mendapat sentuhan Utada.

Namun, nampaknya kisah ini seperti telah dipusing dengan cerita yang baru pula. Melalui Twitter-nya sendiri, Teruzane Utada menyatakan bahawa keputusan penglibatan anaknya dalam soundtrack Kingdom Hearts III masih lagi belum rasmi.

“Satu pembetulan. Mengenai penglibatan Hikaru dalam Kingdom Hearts III, kami tidak sabar untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, keputusan kami belum lagi rasmi,” kata Teruzane.

Hikaru Utada sebelum ini sudah pun memberi sentuhan muzikal beliau melalui Kingdom Hearts dan Kingdom Hearts II melalui lagu “Simple and Clean” dan “Sanctuary”.

Comments

comments