Ujar ketua pengarah urusan Xbox, Dave McCarthy.

Bercakap dalam temubual bersama Official Xbox Magazine UK dalam isu keluaran 155, Dave McCarthy selaku pengarah urusan Xbox telah menyatakan bahawa Xbox One X lebih sesuai dibandingkan dengan PC berspesifikasi tinggi dan bukan PlayStation 4 Pro.

Menurut Dave, kenyataan ini adalah berasas memandangkan konsol terbaru dari Microsoft itu mempunyai lebih 40 peratus kuasa pemproses daripada PS4 Pro. Xbox One X juga akan memberikan pengalaman 4K dengan penjanaan frame rate yang konsisten dan ditemani dengan kualiti audio premium.

Microsoft akan mula memasarkan Xbox One X pada 7 November 2017.

Apa pendapat korang dengan kenyataan yang telah dikongsi oleh Dave? Adakah konsol terbaru ini menjanjikan pengalaman premium dan selayaknya dibandingkan dengan PC?

Comments

comments