Lebih banyak pilihan untuk kita lompat dari Battle Bus!

Minggu hadapan, Epic Games bakal membawakan satu lagi kemaskini dalam Fortnite Battle Royale. Ia akan menjadi salah satu kemaskini yang membawa perubahan terbesar dalam game ini, yang mana ia menambahkan beberapa lokasi dan bandar baru dalam map. Ia merupakan satu kemaskini yang telahpun diumumkan mereka pada tahun lalu.

Memandangkan ia satu kemaskini yang besar, Epic Games telah mengeluarkan satu video terbaru yang menjelaskan tentang kemaskini ini serta memperlihatkan sedikit bandar-bandar baru yang akan ditampilkan itu. Korang boleh saksikannya di bawah:

Mereka turut mengesahkan bahawa pokok krismas besar yang terdapat banyak loot chest di bawahnya sekarang akan dibuang apabila musim krismas dalam game ini berakhir. Bagi pemain yang risau dengan kehilangan loot chest itu, Epic mengatakan yang bilangannya itu akan dibahagi-bahagikan ke dalam bandar-bandar baru yang bakal dibawakan pada minggu hadapan itu.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Fortnite Battle Royale: ‘Cozy Campfire’ Diperkenalkan Sebagai Item Baru, Beberapa Isu Diperbaiki

Comments

comments