IP baru berdasarkan naratif adventure akan didedahkan oleh Bandai Namco Entertainment pada tahun 2018.

Baru-baru ini, Bandai Namco Entertainment secara rasmi mengumumkan kerjasama antara Dontnod Entertainment yang terkenal dengan game naratif adventure, Life is Strange dan juga kini sedang giat membangunkan Vampyr akan tiba pada November ini.

Selain Vampyr, Dontnod Entertainment sedang membangunkan sekuel Life is Strange seterusnya, Life is Strange 2. Pembangunan Life is Strange 2 tidak akan terganggu kerana projek ini dibangunkan oleh pasukan senior pembangun yang berbeza daripada IP baru ini.

Mengenai info IP baru, IP diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment dan dibangunkan oleh Dontnod Entertainment ini akan ambil tempat di sebuah bandar fiksyen di Amerika Syarikat dan melibatkan “banyak elemen penyiasatan”.

Inilah artwork eksklusif untuk IP baru oleh Bandai Namco dan Dontnod Entertainment.

IP ini sudah mula produksi sejak tahun lepas dan bahagian cerita masih lagi belum disiapkan.

Menurut¬†timbalan pengerusi pemasaran digital Bandai Namco Eropah Herv√© Hoerdt berkata, “Kami mahukan IP baru ini merangkumi 50 peratus dalam bisnes kami dan kami mencapai sasaran ini dengan memeterai kerjasama jangka lama dengan beberapa studio.”

Selepas meraih kejayaan daripada dua game seram dengan keunikan berbeza iaitu Little Nightmares dan juga Get Even, Bandai Namco Entertainment berasa amat gembira dengan berita baik ini dan lihat potensi besar dalam kerjasama bersama Dontnod Entertainment.

“Dontnod adalah seperti permata yang belum digilap bak bintang baru dalam industri game. Dengan kejayaan Life is Strange, game ini menjanjikan model dan visi bisnes berkualiti dan saya rasakan inilah strategi bagus untuk hasilkan game bagus. Inilah masa tepat untuk mula bekerjasama dengan mereka (Dontnod)”, ulas Hoerdt.

Sama ada IP baru ini akan keluar ke platform konsol atau PC, bilakah tarikh pengeluaran atau keluar dalam bentuk digital atau hardcopy, semuanya akan terjawab apabila diumumkan pada tahun 2018.

Comments

comments