Apa ini?! Ada iklan dekat menu utama PS4 pula!

Kalau korang buka PS4 pada beberapa hari ini, korang pastinya akan terlihat tiba-tiba ada game Destiny 2 telah ‘siap install’ di menu utama PS4 korang. Pasti korang terkejut, kan?

Kemudian, bila pergi ke ikon tersebut, rupa-rupanya ia hanyalah iklan yang dipaparkan Sony. Mahu tak marah, kan – bila hati dipermainkan semudah itu!

Cara mudah untuk menghentikan iklan-iklan sebegini di menu utama PS4 korang adalah seperti berikut:

  1. Di menu utama PS4, pergi ke ‘Settings’
  2. Pergi ke ‘System’
  3. Pilih ‘Automatic Downloads’
  4. Padamkan tanda “Featured Content’

Yup, itu sahaja. Jom sambung gaming!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.